Utusan Borneo (Sarawak)

SK St Joseph Miri terima dana kemudahan k’jaan RM35,000

-

MIRI: Sekolah Kebangsaan (SK) St Joseph Miri di sini kelmarin menerima peruntukan bernilai RM35,000 daripada kerajaan bagi meningkat kemudahan sekolah berkenaan.

Geran di bawah Projek Kecl Luar Bandar (MRP) tersebut telah disampaika­n Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin kepada pihak sekolah.

Menurutnya, peruntukan itu akan diguna bagi membantu memperbaik­i kantin sekolah berkenaan.

“Sebahagian peruntukan tersebut juga akan disalurkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah ini untuk menganjurk­an pelbagai aktiviti bagi warga sekolah di sini,” jelasnya yang juga ADUN Senadin.

Majlis ringkas penyerahan geran diadakan di premis sekolah dengan dihadiri oleh Guru Besar SK St. Joseph Miri Mariam Menadu Grasi dan Pengerusi PIBG SK St Joseph Goh Ser Seng.

Kata Lee, beliau menyatakan kebimbanga­nnya terhadap keadaan kantin se- kolah terbabit yang semakin sesak dan tidak mampu menampung penambahan bilangan pelajar sekolah berkenaan.

Oleh itu, Lee mahu pihak pengurusan sekolah untuk membuat cadangan bagi memperbesa­rkan kantin sekolah terbabit.

Selain itu tambahnya, beliau turut mengalu-alukan cadangan yang dilaksanak­an PIBG sekolah untuk menganjurk­an aktiviti amal untuk membantu mencari dana bagi projek tempat letak sekolah berbumbung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia