Utusan Borneo (Sarawak)

AJK PBB Pantai Damai bincang persiapan mesyuarat agung

-

KUCHING: Ahli Jawatankua­sa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dewan Undangan Negeri ( DUN) Pantai Damai yang terdiri daripada sayap Bapa, Pemuda dan Wanita mengadakan perbincang­an awal sebagai persediaan menjelang Mesyuarat Agung Tritahunan PBB Ranting Cawangan Pantai Damai Sesi 2017-2020.

Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik Luar Bandar) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi mendedahka­n bahawa mesyuarat tersebut akan bermula 14 Oktober ini hingga 4 November depan.

Menurutnya, sebanyak 41 ranting dalam cawangan PBB Pantai Damai akan terlibat termasuk Pergerakan Wanita dan Pemuda.

“Kita akan mengadakan Mesyuarat Agung Tritahunan PBB Cawangan Pantai Damai Sesi 2017-2020 pada 14 Oktober ini.

“Mesyuarat itu dijangka tamat pada 4 November 2017 yang turut membabitka­n penyertaan Pergerakan Wanita dan Pemuda,” katanya ketika mempengeru­sikan mesyuarat AJK PBB Pantai Damai di Pusat Khidmat DUN Pantai Damai di sini baru-baru ini.

Dr Abdul Rahman berkata mesyuarat tersebut akan diad- akan setiap minggu sepanjang bulan Oktober.

Katanya ia akan melibatkan perbincang­an antara Ranting PBB di kawasan DUN Pantai Damai sebelum menghadiri Mesyuarat Agung Tritahunan PBB Ke-14 yang bakal berlangsun­g pada 8 Februari 2018.

“Ini sebagai persiapan kita sebelum menghadapi Mesyuarat Agung Tritahunan PBB Ke-14 pada 8 Februari 2018,” katanya.

Menurut Dr Abdul Rahman, pembahagia­n tugas telah menjadi amalan AJK PBB Cawangan Pantai Damai dalam mengendali­kan mesyuarat peringkat ranting.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Dr Abdul Rahman (tengah) merakam kenangan selepas mempengeru­sikan Mesyuarat AJK PBB Cawangan Pantai Damai.
UNTUK ALBUM: Dr Abdul Rahman (tengah) merakam kenangan selepas mempengeru­sikan Mesyuarat AJK PBB Cawangan Pantai Damai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia