Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis graduasi SMK Kidurong turut beri anugerah kepada pelajar PPKI

-

BINTULU: Pelajar Tingkatan 6 dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) menerima anugerah dalam Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan 6 dan PPKI Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kidurong di Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina, Jalan Tanjung Batu kelmarin.

Tujuh pelajar Pendidikan Khas menerima Anugerah Terbaik Keseluruha­n setiap tingkatan untuk pelajar tahap satu hingga tujuh terdiri daripada Micsheil Hylusia Kayum, Tyronne Amal Tomety, Angely Sunta Ayak, Abdul Iskandar Sari, Ahmad Ikmal Hafizudeen Zakaria, Tiong King Wei dan Wesley Tawai Thomas.

Manakala tingkatan 6 atas ialah Liong Khai Jiet dan tingkatan 6 bawah, Allyssa Lai Danial Lai.

Anugerah Cemerlang Peperiksaa­n Awam MUET tahun 2016 disandang oleh Angylna Raya yang kini sedang menuntut di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam jurusan Software Engineerin­g; Joyce Kung Zhi Yan yang meraih PNGK 4.00 (4A) menerima Anugerah Cemerlang Peperiksaa­n Awam Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) 2016 serta Anugerah Khas Kurikulum 2015-2016 kini melanjut pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda UndangUnda­ng di Universiti Malaya dan Nurul Hidayah Abdul Karim meraih Anugerah Khas Kurikulum 2016-2017.

Manakala Tokoh Pelajar 2017 Pendidikan Khas ialah Abdul Iskandar Sari dengan pencapaian yang diperolehi­nya dalam Kokurikulu­m adalah Anugerah Khas Juri Konvensyen Program Pembudayaa­n Keusahawan­an Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan 2014 dan cemerlang untuk tahap empat.

Tokoh Pelajar Tingkatan 6 2017 pula ialah Melvin Carson Midin dengan pencapaian 6A 1B dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), 1A 4A- 1C+ 2C 1E dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PNGK 3.09 (1A, 1B,2B-) P1 dan PNGK 2.92 (1A,1B,2C+) P2 untuk STPM.

Anugerah terbabit disampaika­n oleh Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu, Fred Entau.

Dalam pada itu majlis perasmian dan penyampaia­n anugerah graduasi pula disempurna­kanoleh Menteri Muda Pembanguna­n Tanah Adat, Datuk Roland Sagah Wee Inn mewakili Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Turut hadir Pengetua SMK Kidurong, Rosli Salleh; Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Kidurong, Rashid Seli, guru-guru serta tetamu lainnya.

 ??  ?? TOKOH PELAJAR: Fred (dua kiri) menyampaik­an Anugerah Tokoh Pelajar Tingkatan 6 kepada Melvin yang ditemani ibunya.
TOKOH PELAJAR: Fred (dua kiri) menyampaik­an Anugerah Tokoh Pelajar Tingkatan 6 kepada Melvin yang ditemani ibunya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia