Utusan Borneo (Sarawak)

Kes pemandu treler disebut semula 13 Nov

-

JEMPOL: Mahkamah Majistret Bahau semalam menetapkan 13 Nov ini sebagai tarikh sebutan semula kes seorang pemandu treler yang mengakibat­kan lapan maut dalam kemalangan di Kilometer 25, Jalan Bahau-Keratong, 11 Jun lalu.

Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali menetapkan tarikh berkenaan berikutan permohonan menangguhk­an prosiding oleh peguam tertuduh, D. Anuratha.

Tertuduh, Norzailan Omar, 44, dari Triang, Pahang, tiba di mahkamah kira-kira pukul 9.30 pagi, ditemani seorang rakannya.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memandu secara berbahaya tanpa mengambil perhatian mengenai segala aspek termasuk jenis, keadaan dan saiz jalan serta lalu lintas hingga berlaku kemalangan yang mengorbank­an pemandu dan penumpang Proton Exora serta Perodua Myvi dalam kejadian pada 2.20 petang 11 Jun lepas.

Norzailan didakwa menyebabka­n kematian Wan Mohd Fauzi Wan Mohd Ibrahim, 52; Masnoraida M.Yussof, 44; Wan Mohd Muhaimin Wan Mohd Fauzi, 21; Wan Nur Athira Wan Mohd Fauzi, 18; Wan Muhammad Ammar Haziq Wan Mohd Fauzi, 13; Wan Nur Aleesya Wan Mohd Fauzi, 7; Osman Mohamed Taip, 31; dan Rosniza Othman, 32.

Kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Salwati Abdullah.

Pada 15 Jun lalu, tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jelebu atas pertuduhan tersebut. — Bernama

Risikan yang diperoleh mengesahka­n terdapat kumpulan pengganas asing yang bergabung dengan Daesh sama ada di rantau Asia Tenggara atau di peringkat global seperti Abu Sayyaf Group (ASG) dan Jamaatul Mujahideen yang mengarahka­n anggota kumpulan mereka menyusup masuk dan melancarka­n serangan di Malaysia. Tan Sri Mohamad Fuzi Harun Ketua Polis Negara

kumpulan pengganas di seluruh dunia.

Katanya, tindakan proaktif itu diambil berdasarka­n risikan yang diperoleh bahawa anasir Daesh dari pelbagai negara yang sebelum ini beroperasi di Iraq dan Syria, mula menyusup keluar dari negara berkenaan selepas kumpulan mereka kehilangan sebahagian besar kawasan yang dikuasai sebelum ini.

Beliau berkata kesemua mereka telah diarahkan dan melancarka­n serangan di Malaysia,” katanya.

“Daripada 45 individu FTF yang ditahan itu sembilan disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas ASG, tiga disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas Fetullah Turki (kumpulan yang disenaraik­an sebagai kumpulan pengganas oleh Pertubuhan Kerjasama Islam).

“Seorang disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas Albania yang mempunyai hubungan dengan Daesh manakala seorang lagi disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas Jamaatul Mujahidden Bangladesh,” katanya.

Mohamad Fuzi berkata baki 31 individu lagi merupakan FTF merangkumi pelbagai warganegar­a yang disyaki terlibat dalam Daesh termasuk tiga FTF warga Iraq yang merupakan komander Daesh di selatan Iraq.

Mengenai tindakan terhadap mereka, beliau berkata 13 suspek telah dituduh di mahkamah di bawah Bab VIA – kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan dan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamata­n (LangkahLan­gkah Khas) 2012.

“Seramai 12 suspek telah diusir ke negara asal untuk tindakan susulan pihak berkuasa berkenaan mana- kala seorang suspek telah dikenakan perintah tahanan di bawah Akta Pencegahan Keganasan 2015,” katanya.

Mohamad Fuzi berkata seramai tujuh orang telah dibebaskan manakala 12 suspek masih lagi dalam siasatan polis.

“Anggota pengganas ASG yang memasuki Malaysia disyaki merancang melancarka­n serangan di negara ini manakala anasir-anasir FTF yang lain menyusup masuk ke negara ini sama ada untuk berlindung, mengumpul dana, melancarka­n serangan di negara ini atau menjadikan Malaysia sebagai pangkalan operasi mereka untuk serangan terhadap negara ketiga,” katanya.

Beliau berkata kejayaan PDRM dalam operasi pembantera­san itu adalah hasil kerjasama mantap dengan agensi perisikan dan penguat kuasa asing dari segi pertukaran maklumat risikan.

Mohamad Fuzi berkata PDRM akan terus memantau dan mengambil tindakan pembantera­san ke atas kehadiran anasir-anasir pengganas asing bagi memastikan sebarang cubaan serangan di Malaysia oleh FTF dapat dipatahkan.

“Usaha menangani ancaman anasir-anasir pengganas FTF bukanlah satu perkara yang mudah kerana ia memerlukan kerjasama antara PDRM dan agensi penguat kuasa dan perisikan asing.

“Sekiranya ancaman ini tidak dibendung dengan efektif, ia akan mengganggu-gugat keselamata­n dan ketenteram­an awam di Malaysia,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DAKWA: Norzailan yang didakwa menyebabka­n lapan maut dalam kemalangan di Kilometer 25, Jalan BahauKerat­ong, 11 Jun lalu hadir di Mahkamah Majistret Bahau untuk sebutan semula kes tersebut di Jempol, semalam.
— Gambar Bernama DAKWA: Norzailan yang didakwa menyebabka­n lapan maut dalam kemalangan di Kilometer 25, Jalan BahauKerat­ong, 11 Jun lalu hadir di Mahkamah Majistret Bahau untuk sebutan semula kes tersebut di Jempol, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia