Utusan Borneo (Sarawak)

Kes pecah rumah: Polis buru dua lelaki Amerika Latin

-

SHAH ALAM: Polis sedang memburu dua lelaki warga Amerika Latin yang dipercayai terlibat dalam beberapa kejadian pecah rumah di sekitar Lembah Klang, termasuk cubaan memecah masuk sebuah rumah di Seksyen 13 di sini, pada 6 Okt lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata kedua-dua suspek berusia lingkungan 20- an itu dipercayai terlibat dalam kegiatan jenayah berkenaan selepas polis menemui beberapa peralatan pecah rumah di dalam sebuah kereta Honda Accord yang disewa untuk tujuan kegiatan jenayah mereka.

“Pada 6 Okt lepas, dua suspek yang menaiki Honda Accord cuba memecah masuk sebuah rumah di Seksyen 13, kira-kira pukul 7.30 malam, sebelum meninggalk­an ken- deraan berisi pelbagai alatan pecah rumah itu di tepi jalan apabila kegiatan jenayah mereka disedari pemilik rumah yang kemudian menghubung­i polis.

“Sejam selepas kejadian itu, anggota peronda kita berjaya mengesan kedua-dua suspek di dalam sebuah teksi dan cuba menahan mereka tetapi gagal apabila mereka bertindak melarikan diri ke kawasan hutan berhampira­n lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata, siasatan lanjut seterusnya membawa polis ke sebuah rumah di Cyberjaya dekat sini, kira-kira jam 8.30 malam, Selasa lepas.

Jelas Shafien, siasatan ke atas rumah tersebut pula menemui pelbagai barangan termasuk wang tunai selain jam, kasut serta beg tangan berjenama mewah seperti Louis Vuitton dan Chanel.

“Polis menemui barang tersebut di dalam sebuah bilik dan kita percaya barangan ini dikumpul untuk dijual bagi pasaran luar negara… semakan juga mendapati ada antara barang ini berkaitan kes pecah rumah di Kajang baru-baru ini.

“Selain barang curi, kita turut menemui sekeping kad pengenalan yang kita percaya milik seorang daripada suspek dikenali sebagai German Alberto dan polis akan menyiasat sekiranya terdapat suspek lain yang terlibat dalam kegiatan pecah rumah ini,” katanya.

Menurut Shafien, kesemua barang rampasan itu dianggarka­n bernilai RM250,000 dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERI KERJASAMA: Zulkarnain (tengah) menunjukka­n dokumen berkaitan ketika hadir ke ibu pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, semalam untuk menyerahka­n maklumat tambahan baharu berhubung kes penyelewen­gan dana untuk...
— Gambar Bernama BERI KERJASAMA: Zulkarnain (tengah) menunjukka­n dokumen berkaitan ketika hadir ke ibu pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, semalam untuk menyerahka­n maklumat tambahan baharu berhubung kes penyelewen­gan dana untuk...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia