Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa tipu diminta buat laporan polis

-

KUALA LUMPUR: Polis menggesa orang ramai yang menjadi mangsa penipuan skim pelaburan haram supaya membuat laporan bagi memudahkan pihak berkuasa menjalanka­n siasatan serta mengambil tindakan terhadap penganjur skim tersebut.

Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Komplot/Kad Kredit/ Kad Elektronik), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, ACP Adlan Ahmad berkata kebanyakan mangsa enggan membuat laporan kerana dijanjikan akan menerima balik wang pelaburan mereka dan menganggap jumlah kerugian kecil serta malu tampil ke hadapan.

“Tidak sampai satu peratus mangsa penipuan tampil membuat laporan polis... kebanyakan mereka (mangsa) enggan membuat laporan dan ini menyukarka­n siasatan polis,” katanya semasa menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama, di sini, malam kelmarin.

Ditanya berkenaan modus operandi yang digunakan penganjur skim pelaburan, Adlan berkata kebanyakan skim pelaburan haram akan menawarkan pulangan yang tinggi bagi setiap pelaburan kecil dalam tempoh yang singkat serta menggunaka­n penglibata­n orang berpengaru­h.

“Mereka (penganjur skim) juga memperalat­kan individu yang berjawatan tinggi, golongan profesiona­l, artis serta ahli politik yang berpengaru­h untuk menarik orang ramai menyertai pelaburan yang ditawarkan.

“Misalnya, ada skim yang menggunaka­n ustaz dan orang politik bagi merasmikan majlis tertentu...ini modus operandi yang biasa digunakan.

“Ada juga antara penganjur yang menggunaka­n surat palsu tertentu seperti surat daripada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) yang dipalsukan supaya bila mereka tunjuk surat berkenaan pada orang ramai, mereka akan mudah percaya,” katanya.

Jumaat lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata sebanyak 27 jenis skim pelaburan dikesan melibatkan 1.7 juta mangsa dengan kerugian bernilai RM4.4 bilion dicatatkan di negara ini sepanjang tempoh Julai 2013 hingga September lalu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia