Utusan Borneo (Sarawak)

Pengedar dadah baharu bebas antara ditahan polis

-

KUALA LANGAT: Seorang pengedar dadah yang baharu sahaja selesai menjalani hukuman penjara awal tahun ini, merupakan antara 29 individu ditahan dalam Op Sarang Khas yang dijalankan di dua lokasi di daerah ini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Azizan Tukiman berkata, suspek lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di Tanjung Sepat di sini, bersama-sama tujuh individu lain dipercayai penagih dadah.

“Polis telah menemui beberapa bungkusan dadah dipercayai heroin seberat kira-kira 100 gram bersama suspek. Semakan terhadap rekod suspek mendapati dia telah dibebaskan dari penjara Simpang Renggam Januari lepas,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat, di sini semalam.

Beliau berkata, suspek sebelum ini ditahan selama dua tahun di bawah Langkah-langkah Pencegahan Khas (kes dadah) dan aktif mengedar dadah sebaik sahaja dilepaskan dari penjara.

Katanya, siasatan turut mendapati suspek bukan sahaja aktif di Kuala Lan- gat, malah di daerah berhampira­n seperti Sepang dan Subang Jaya serta mendapat bekalannya (dadah) di Sepang.

Menurut Azizan, operasi bermula jam 2 pagi hingga 5 petang yang mendapat kerjasama Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING), Bukit Aman serta Agensi Antidadah Kebangsaan itu, turut menyerbu kawasan ladang kelapa sawit di Telok Panglima Garang dan menahan 21 individu dipercayai penagih dadah.

“Duakawasan­inimerupak­an kawasan hotspot di Kuala Langat bagi pengedaran dan penagihan dadah. Semua yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 59 tahun termasuk seorang wanita.

“Dalam operasi itu, polis turut merampas wang tunai kira-kira RM1,000 milik semua individu yang ditahan dan merampas sebanyak 40 motosikal yang disyaki terlibat dalam kes kecurian,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15 ( 1) ( a) dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Akta Penagih Dadah ( Rawatan dan Pemulihan) 1983. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia