Utusan Borneo (Sarawak)

GAUM serah maklumat baharu penyelewen­gan dana kepada SPRM

-

PUTRAJAYA: Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM) semalam hadir ke Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) di sini untuk menyerahka­n maklumat tambahan baharu berhubung kes penyelewen­gan dana untuk kepentinga­n rakyat miskin di Sabah.

Pengerusin­ya Datuk Zulkarnain Mahdar berkata beliau turut bersedia dipanggil oleh SPRM pada bila-bila masa bagi membantu siasatan kes itu yang dipercayai melibatkan jumlah keseluruha­n RM1.5 bilion.

“Saya dimaklumka­n SPRM akan meneliti dokumen yang diserahkan hari ini (semalam),” katanya kepada pemberita selepas menyerahka­n dokumen terbabit erita di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Zulkarnain berkata, GAUM tidak mempunyai sebarang kepentinga­n dalam membangkit­kan isu tersebut kerana badan berkenaan bukan pelapor tunggal.

Isu itu pernah dibangkitk­an oleh Ahli Parlimen Kota Kinabalu daripada DAP, Dr Hiew King Cheu pada 2011 selain laporan polis oleh Angkatan Muda Keadilan Sabah sebelum ini, katanya.

Ketua Pesuruhjay­a SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata SPRM telah memanggil 45 saksi termasuk tujuh yang ditahan reman berhubung penyelewen­gan dana pembanguna­n infrastruk­tur luar bandar di Sabah membabitka­n peruntukan RM1.5 bilion dan lebih 70 projek. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia