Utusan Borneo (Sarawak)

Johor cadang wajibkan murid tahun satu buka SSPN/SSPN-I

Galak ibu bapa buat simpanan pendidikan sendiri

-

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri Johor bercadang mewajibkan ibu bapa atau penjaga murid yang akan memasuki tahun satu pada tahun depan untuk membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional ( SSPN/ SSPN- i).

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat berkata beliau akan mengadakan perbincang­an dengan Jabatan Pendidikan bagi menjayakan cadangan itu.

“Menerusi Bajet 2017, kerajaan Persekutua­n memperuntu­kkan RM25 juta bagi memberi insentif khas RM50 kepada setiap murid tahun satu dalam bentuk akaun SSPN/ SSPN- i di mana ibu bapa perlu membuka akaun atau membuat simpanan sekurangku­rangnya RM50 dalam akaun bagi melayakkan anak mereka menerima insentif itu.

“Tahun depan, kerajaan Johor hendak wajibkan ibu bapa atau penjaga murid yang memasuki tahun satu untuk membuka akaun bagi memanfaatk­an murid dan merebut peluang kerana insentif ini hanya layak kepada mereka yang mempunyai akaun SSPN/ SSPN- i,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran SSPN- i Plus peringkat negeri Johor di tapak Ekspo Johor Berkemajua­n, Kota Iskandar di sini, semalam. Turut hadir Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN) Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Ayub berkata langkah mewajibkan pembukaan

Isu sekarang adalah graduan dibebani hutang apabila selesai pengajian kerana pinjaman. Jadi, kita mahu elak beban hutang ini menerusi simpanan sejak kecil. Datuk Ayub Rahmat Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor

akaun SSPN/ SSPN- i itu juga selaras dengan hasrat kerajaan yang mahu menggalakk­an ibu bapa atau penjaga membuat simpanan pendidikan berbanding bergantung kepada pinjaman pendidikan semata- mata.

Sementara itu, Shamsul Anuar berkata pembudayaa­n penabungan dalam SSPN/ SSPN- i adalah bagi mengurangk­an pergantung­an terhadap pinjaman pendidikan semakin men- unjukkan senario positif.

Beliau berkata pada 2014, seramai 207,477 pelajar yang memasuki universiti awam dan swasta direkodkan membuat pinjaman dengan PTPTN namun, trend pelajar yang membuat pinjaman semakin menurun kepada 195,373 orang pada 2015 serta 177,372 orang pada tahun lepas berikutan pelajar menggunaka­n simpanan SSPN/ SSPNi berbanding pinjaman bagi membiayai pengajian mereka.

“Isu sekarang adalah graduan dibebani hutang apabila selesai pengajian kerana pinjaman. Jadi, kita mahu elak beban hutang ini menerusi simpanan sejak kecil,” katanya.

“Pada 2016, sebanyak RM53.5 juta simpanan SSPN/ SSPN- i dikeluarka­n untuk membiayai pengajian dan jumlah itu meningkat kepada RM90.9 juta pada 2015 dan RM141.2 juta pada tahun lepas.

“Ini membuktika­n kebergantu­ngan kepada pinjaman semakin kurang dan beralih kepada menggunaka­n simpanan,” katanya yang menyambut baik cadangan mewajibkan simpanan bagi murid Tahun Satu demi pembanguna­n modal insan akan datang. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN: Ayub (baris tengah, tengah) bersama Shamsul (baris tengah, tiga kiri) Onn selepas melancarka­n Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) Plus peringkat negeri sempena Ekspo Johor Berkemampu­an 2017 di Pentas Utama, Dataran Mahkota, Kota...
— Gambar Bernama PELANCARAN: Ayub (baris tengah, tengah) bersama Shamsul (baris tengah, tiga kiri) Onn selepas melancarka­n Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) Plus peringkat negeri sempena Ekspo Johor Berkemampu­an 2017 di Pentas Utama, Dataran Mahkota, Kota...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia