Wanita UMNO adakan tahlil untuk anggota meninggal dunia

Utusan Borneo (Sarawak) - - Nasional -

KUALA LUMPUR: Pergerakan Wanita UMNO semalam mengadakan majlis tahlil dan bacaan yasin untuk arwah beberapa pemimpin pergerakan itu termasuk Anggota Exco Wanita UMNO Datuk Maznah Hamid yang meninggal dunia pada 4 Okt.

Allahyarham Maznah, yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerlun dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd dan mendapat jolokan ‘Iron Lady dalam dunia korporat negara, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) akibat komplikasi jantung susulan pembedahan jantung pada 28 Sept lepas.

Majlis tahlil itu juga diadakan untuk Állahyarham Ket- ua Wanita UMNO Bahagian Kuala Krau, Pahang Allahyarham Senator Norahan Abu Bakar, Ketua Wanita UMNO Bahagian Muar, Johor Ramlah Ismail dan anak kepada Exco Pergerakan Wanita UMNO Datin Ros Suryati Alang, Siti Khadijah Mohd Ridzwan.

Majlis yang diadakan di Surau Ar- Rahman, Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC) dihadiri Ketua Wanita Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan waris kesemua arwah. — Bernama

— Gambar Bernama

BACAAN YASIN: Shahrizat pada Majlis bacaan Yassin dan Tahlil untuk pemimpin Wanita UMNO yang meninggal dunia, di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.