Utusan Borneo (Sarawak)

Mascherano akan bersara selepas Piala Dunia 2018

-

BUENOS AIRES: Pemain tengah veteran Argentina Javier Mascherano kelmarin berkata dia akan berundur daripada tugasan antarabang­sa selepas Piala Dunia 2018.

Bintang Barcelona yang versatil itu, dan akan berusia 34 tahun pada Jun tahun depan, merupakan pemain kedua paling kerap bermain mewakili Argentina dengan 139 penampilan untuk negaranya dan bermain dalam kekalahan kepada Jerman pada perlawanan akhir Piala Dunia 2014.

Dia juga naib juara sebanyak empat kali dalam Copa America – menamatkan cabaran bersama pasukan yang tewas pada 2004, 2007, 2015 dan 2016.

“Masa saya dalam pasukan kebangsaan berakhir di Rusia, saya tidak akan pergi lebih jauh,” kata Mascherano kepada stesen TV di Argentina, TyC Sports. “(Jurulatih Jorge) Sampaoli akan menentukan sama ada saya harus dipilih untuk Piala Dunia ataupun tidak.”

Mascherano memulakan perlawanan kelayakan Amerika Selatan pada Selasa lepas yang berakhir dengan kemenangan 3-1 di Ecuador yang menjamin tempat bagi Argentina di kejohanan akhir pada tahun depan di Rusia.

Dia memerlukan empat lagi penampilan antarabang­sa untuk menyamai rekod Argentina yang dipegang oleh legenda Inter Milan, Javier Zanetti.

Mascherano menyertai Barcelona dari Liverpool pada 2010 dan diikat kontrak di Camp Nou sehingga 2019. — AFP

 ??  ?? HEYNCKES
HEYNCKES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia