Utusan Borneo (Sarawak)

Tinju: Horn diberi anugerah ‘ The Don’

-

SYDNEY: Kemenangan peninju Jeff Horn yang mengejutka­n ke atas legenda Filipina Manny Pacquiao telah membolehka­nnya memenangi salah satu penghormat­an sukan tertinggi di Australia sebagai atlet yang paling memberi inspirasi.

Peninju berusia 29 tahun yang tidak ternama itu mengejutka­n dunia tinju dengan keputusan 12 pusingan yang sebulat suara ke atas Pacquiao di Brisbane pada 2 Julai lalu dalam keputusan yang hangat dipertikai­kan dan menggegark­an Filipina.

Sebagai pengiktira­fan, dia pulang dengan anuge- rah ‘ The Don’ di majlis makan malam tahunan ‘Sport Australia Hall Of Fame’ di Melbourne pada petang kelmarin.

Dinamakan sempena pemain kriket, Donald Bradman, menang hadiah itu pada masa lalu termasuk perenang Ian Thorpe, pelari Cathy Freeman, atlet sukan berbasikal Cadel Evans, atlet lompat pagar Sally Pearson, pemain golf Jason Day dan joki yang menerimany­a pada tahun lepas, Michelle Payne.

“Ia hebat sekali,” kata Horn, yang

m e n y i - fatkannya sebagai kemuncak karier.

“Saya dapat ingat ketika saya membesar bagaimana saya mendapat inspirasi daripada pemenang silam seperti Cathy Freeman dan Ian Thorpe.

“Menyedari bahawa saya berpotensi untuk memberi inspirasi kepada generasi atlet pada masa depan seperti apa yang dibuat oleh orang-orang ini untuk saya adalah satu perasaan yang tidak dapat dipercayai.”

Horn berkata dia kadangkada­ng masih mendapati ia sukar untuk percaya bahawa dia telah menewaskan salah seorang peninju paling hebat dalam sejarah dunia, yang memenangi kejuaraan dunia dalam lapan divisyen berat badan yang luar biasa.

“Kebanyakan hari saya telah berfikir kepada diri sendiri, adakah ia benar-benar berlaku? Saya sangat sibuk sejak kemenangan itu tetapi pengiktira­fan dan anugerah seperti ini ternyata membantu,” katanya.

Pacquiao menarik diri daripada pertarunga­n semula yang dirancangk­an di Australia pada hujung tahun ini, dan Horn hampir memuktamad­kan seorang lagi pencabar untuk mempertaha­nkan kejuaraan welterweig­ht Pertubuhan Tinju Dunia. — AFP

 ??  ?? AL-KHELAIFI
AL-KHELAIFI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia