Utusan Borneo (Sarawak)

Selamat kembali!

Heynckes diharap dapat mengembali­kan kegemilang­an Bayern Munich musim ini

-

BERLIN: Bayern Munich akan bermain untuk perlawanan pertama mereka di bawah jurulatih yang kembali semula ke kelab itu, Jupp Heynckes, apabila mereka menerima kunjungan Freiburg pada malam ini (Sabtu).

Pengurus berusia 72 tahun itu, yang memenangi kejuaraan ‘treble’ bersama kelab itu pada 2013, ditugaskan untuk menghidupk­an semula musim Bayern yang tersentak-sentak selepas pengurus lama, Carlo Ancelotti, dipecat dua minggu lalu.

Bayern berada lima mata di belakang pendahulu Borussia Dortmund dalam carta Bundesliga, dan memenangi hanya dua sahaja daripada lima perlawanan terakhir mereka dalam liga.

Perlawanan pada malam ini menentang Freiburg mesti dimenangi juara bertahan itu, dalam usaha mereka untuk bermula baharu di bawah Heynckes.

Heynckes memulakan pembabitan­nya yang keempat sebagai pengurus di Bayern Munich pada malam ini, tetapi sudah memberi amaran bahawa masalah mereka mungkin tidak akan diselesaik­an dalam sekelip mata.

“Saya sudah menganalis­a keadaan pasukan sekarang,” kata Heynckes ketika dia diperkenal­kan pada awal minggu ini. “Ia adalah situasi yang sukar.”

Bayern masih bermain tanpa penjaga gol pilihan utama, Manuel Neuer, dan Franck Ribery juga tidak dapat beraksi selepas dia mengalami kecederaan lutut ketika menentang Hertha Berlin.

Walau bagaimanap­un, rekod Bayern dalam perlawanan menentang pasukan lawan pada malam ini adalah sebab bagi rasa optimis.

Mereka tidak pernah tewas kepada Freiburg di stadium sendiri, dan memenangi kesemua 13 perlawanan terakhir menentang mereka di tempat sendiri.

Pendahulu liga Borussia Dortmund pasti mahu melanjutka­n siri tanpa kalah mereka apabila mereka menerima kunjungan RB Leipzig pada malam ini.

Dortmund belum lagi tewas dalam liga pada musim ini, dan sudah meletakkan diri sebagai pasukan untuk ditewaskan dalam perebutan kejuaraan. — AFP

Saya sudah menganalis­a keadaan pasukan sekarang. Ia situasi yang sukar. Jupp Heynckes Jurulatih Bayern Munich

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia