Utusan Borneo (Sarawak)

26 jurulatih mengikuti Kursus Kejurulati­han Futsal Level ‘0’

-

SIBU: Seramai 26 jurulatih pasukan menyertai Liga Futsal Sibu 2017 mengikuti Kursus Kejurulati­han Futsal Level ‘0’ Gol Brasil AFA pada 7 dan 8 Oktober lalu.

Kursus berlangsun­g di Stadium Tertutup Bukit Lima Sibu itu dianjurkan oleh Kelab Sukan Rekreasi Taman Rejang (KSRTR).

Presiden KSRTR, Halel Mohd Ibrahim berkata kursus itu memberi peluang kepada jurulatih- jurulatih terbabit mendalami ilmu kejurulati­han.

“Ramai memohon menyertai kursus ini, tetapi hanya dihadkan kepada 26 peserta sahaja dan kami memberi keutamaan kepada jurulatih pasukan dalam Liga Futsal Sibu berlangsun­g pada 15 Oktober ini,” katanya di sini kelmarin.

Liga Futsal Sibu 2017 membabitka­n penyertaan 20 pasukan bagi kategori terbuka lelaki, lelaki U19 (20) dan wanita (9).

Halel berharap penganjura­n kursus itu akan memperting­kat kualiti jurulatih- jurulatih dan sukan futsal negeri ini.

Kursus dikendalik­an oleh Ketua Instruktur dari Vikings Borneo, Awang Zaifulizam dan Fadillah dibantu oleh Alexander.

“Kita ada seorang peserta dari Singapura menyertai kursus ini. Semua peserta adalah dari Sibu atau yang menetap di negeri ini,” jelas Halel.

Menurutnya, kursus terbabit merangkumi pembelajar­an teori dan praktikal di mana peserta juga menduduki ujian praktikal pada sesi akhir.

 ?? — Gambar Reuters ?? TERBAIK: Cilic meraikan kejayaanny­a menumpaska­n Ramos-Vinolas.
— Gambar Reuters TERBAIK: Cilic meraikan kejayaanny­a menumpaska­n Ramos-Vinolas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia