Utusan Borneo (Sarawak)

Sharapova buktikan diri masih mampu bermain cemerlang

-

TIANJIN: Maria Sharapova menyamai prestasi terbaiknya sejak dia kembali dari penggantun­gan doping apabila dia mara ke peringkat separuh akhir kejohanan tenis Terbuka Tianjin semalam.

Pemain Rusia itu menewaskan pemain Swiss yang melayakkan diri, Stefanie Voegele.

Bekas pemain nombor satu dunia itu akan menentang sama ada Peng Shuai dari China atau Sara Sorribes Tormo dari Sepanyol pada peringkat separuh akhir.

Sharapova kembali dari penggantun­gan selama 15 bulan pada April lalu kerana mengambil bahan terlarang, meldonium.

Dalam kejohanan pertamanya selepas dia kembali, di Stuttgart, dia mara ke peringkat separuh akhir tetapi tidak dapat mengulangi pencapaian itu lagi.

Pemain berusia 30 tahun itu, yang menduduki ranking ke-86 di dunia, diberi ‘wildcard’ untuk Tianjin kerana rankingnya terlalu rendah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia