Utusan Borneo (Sarawak)

Miri sedia menghadapi Mukah di tempat lawan

-

MIRI: Pasukan Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) Miri bersedia menghadapi perlawanan kedua menentang Mukah di tempat lawan hari ini (Sabtu) selepas menang ke atas Bintulu 4-1.

Jurulatihn­ya, Mohd Hakimi berkata beliau yakin terhadap persiapan pemain-pemainnya dan menyasarka­n tiga mata penuh menghadapi cabaran menentang Mukah hari ini.

“Berdasarka­n komitmen diberikan melalui persiapan fizikal dan mental termasuk latihan yang dijalankan, saya yakin semua pemain sudah bersedia untuk menentang dan meraih kemenangan,” katanya.

Menurutnya, beliau mengharapk­an pasukan LBR Miri memberikan yang terbaik dan saling bersatu dalam pasukan.

“Saya yakin dengan kemampuan setiap pemain dan mengharapk­an mereka bermain dengan baik.

“Kalah atau menang adalah adat permainan, apa yang penting kerjasama dan se- mangat berpasukan mereka untuk perlawanan tersebut,” ujarnya.

Katanya, semua 18 pemain terbabit perlu diberikan pujian atas kesungguha­n mereka terus mencapai kejayaan dan atas usaha tenaga jurulatih yang lain membantu mereka menjalani setiap latihan.

Hakimi berkata, beliau mahu peminat bola sepak khasnya warga Miri memberi sokongan terhadap pasukan LBR Miri agar terus mencapai kejayaan.

 ??  ?? BERSEDIA: Pasukan LBR Miri melakukan latihan bagi persediaan menentang Mukah hari ini.
BERSEDIA: Pasukan LBR Miri melakukan latihan bagi persediaan menentang Mukah hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia