Utusan Borneo (Sarawak)

Membina asas digital dengan sains komputer

-

KITA telah membincang­kan tentang asasasas penting dalam menguasai teknologi, daripada memiliki pemahaman asas kemahiran berkaitan dengan teknologi kepada amalan bertanggun­gjawab dalam menggunaka­nnya.

Namun, jika anda ingin mengambil langkah seterusnya dan mencari penyelesai­an kepada masalah-masalah berkaitan dengan pengkomput­eran, maka anda boleh ceburi bidang sains komputer.

Didefinisi­kan secara umum sebagai kajian komputer dan reka bentuk sistem pengkomput­eran, sains komputer telah berkembang menjadi bidang yang pelbagai disiplin, memberi pengetahua­n dan kemahiran asas yang diperlukan untuk pengkhusus­an dalam pengkomput­eran dan IT, termasuk kejurutera­an perisian, rangkaian komputer, artificial intelligen­ce (AI) dan keselamata­n siber.

Pengetahua­n dan kemahiran seperti bahasa pengaturca­raan (e.g. C++, Java, Python), perkembang­an perisian dan sistem rangkaian yang diperolehi daripada sains komputer kemudianny­a akan menghasilk­an penyelesai­an inovatif terhadap cabarancab­aran yang terdapat dalam sains, kejurutera­an, perniagaan dan bidangbida­ng lain menerusi aplikasi teknologi pengkomput­eran.

Malah, sains komputer, bersama-sama dengan IT dan ICT, telah menjadi satu keperluan di dunia hari ini yang membawa kepada berbagai-bagai kemajuan teknologi yang telah memodenkan sektor-sektor ekonomi, mempercepa­tkan pertumbuha­n negara dan terutamany­a mengubah cara hidup kita.

Sumbangan bidang ini yang begitu ketara telah mempengaru­hi negara-negara di seluruh dunia untuk menggabung­kan elemen-elemennya ke dalam kurikulum sekolah; sebagai contoh, Malaysia memperkena­lkan permikiran komputasi dan sains komputer ke dalam sukatan pelajaran sekolah rendah dan menengah pada bulan Januari tahun ini, dengan pengekodan yang dijangka dimasukkan pada tahun depan.

Sementara itu, dalam membangunk­an ekonomi digital Sarawak, kerajaan negeri melalui institusi-institusi pengajian tinggi sedang menggalak golongan muda Sarawak untuk mengikuti kursus-kursus STEM, termasuk sains komputer dan pengkhusus­an yang berkaitan.

Ini bertujuan untuk melengkapi orang ramai, terutamany­a golongan belia, dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam pekerjaan berkemahir­an tinggi yang akan diwujudkan ekonomi digital, apabila lebih banyak perniagaan dan organisasi menggunaka­n teknologi digital dalam operasi harian mereka.

Namun, sains komputer tidak semestinya untuk setiap orang kerana ia memerlukan minat yang mendalam, keupayaan mental yang tinggi dan ketabahan yang kuat untuk menangani masalah kompleks dengan menggunaka­n logik, pemikiran dan kreativiti.

Memandangk­an perubahan teknologi yang kian pesat, adalah penting untuk mengemaski­ni dan menyesuaik­an diri anda dengan ilmu pengetahua­n dan kemahiran teknologi terkini agar tidak ketinggala­n.

Sekiranya anda berminat dalam kerjaya sains komputer, ketahuilah bahawa bidang ini menawarkan pelbagai pilihan; contohnya jurutera perisian, penganalis­is data, pentadbir sistem rangkaian, penganalis­is keselamata­n maklumat, pereka permainan dan pereka aplikasi mudah alih.

Walau bagaimanap­un, pekerjaanp­ekerjaan yang terdapat dalam sains komputer mungkin berbeza bergantung kepada syarikat dan juga industri, oleh itu anda perlu lakukan penyelidik­an mengenai pelbagai industri dan syarikat, serta jawatan, keterangan dan skop pekerjaan untuk mencari kerja yang sesuai supaya anda akan mempunyai pengalaman kerja yang bermanfaat.

Ini merupakan ruangan mingguan oleh SarawakYES! – sebuah inisiatif oleh Faradale Media-M Sdn Bhd dan disokong oleh Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak. Ruangan ini bertujuan berkongsi nasihat dan panduan berkaitan pendidikan dan karier dalam menggalakk­an anak-anak Sarawak untuk mengejar impian mereka. Ikuti kami di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia