Utusan Borneo (Sarawak)

12 pelajar istimewa SMK Telang Usan lawat bandar raya Miri

-

SERAMAI 12 pelajar istimewa dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telang Usan di Marudi telah mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa tempat yang menarik di bandar raya Miri.

Program tersebut diadakan selari dengan Program Pendidikan Khas Integrasi 2017 dan para pelajar telah diiringi dua orang guru dan seorang pembantu pengurusan murid (PPM), sempena lawatan tersebut yang berlangsun­g selama tiga hari, bulan lepas.

Menurut Pengetua SMK Telang Usan Abdul Rahman Abdullah @ Nicholas yang juga penaung program berkenaan, lawatan di luar daerah berkenaan merupakan kali yang keempat diadakan di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi, khusus untuk pelajar pendidikan khas.

Nicholas memberitah­u melalui program seperti itu, ia memberi peluang dan pengalaman kepada pelajar untuk mempelajar­i perkara baharu dan juga memupuk semangat jati diri yang tinggi dalam diri mereka.

Ia juga bertujuan memberi peluang kepada pelajar menimba ilmu di luar kawasan sekolah serta memberi pendedahan kepada pelajar tentang kehidupan masyarakat di kawasan luar daerah atau zon kediaman mereka.

Antara tempat yang dilawati mereka sepanjang lawatan tersebut ialah Taman Buaya Miri, Marina Bay, Pezzo dan Sugar Bun.

Rombongan tersebut telah ditemani guru pengiringi Nelly Chong Chen Ni dan Asrul Abdullah.

 ??  ?? CERIA: Lawatan ke Marina Bay Miri menceriaka­n warga SMK Telang Usan.
CERIA: Lawatan ke Marina Bay Miri menceriaka­n warga SMK Telang Usan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia