Utusan Borneo (Sarawak)

Menyerlahk­an wajah sebenar

- Oleh Kurniawati Kamarudin

PAGI Ahad 10 September, hujan sungguh lebat namun bagi 30 peserta eksplorasi berjalan kaki menjejak Sungai Bunus, misi yang ditetapkan perlu diteruskan.

Sungai sepanjang 9.2 kilometer (km) itu sudah sekian lama tidak dipedulika­n oleh warga kota terutamany­a masyarakat setempat.

Peserta eksplorasi terdiri daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO), jabatan kerajaan, institusi pengajian tinggi dan persatuan penduduk yang mewakili rakan kongsi Sungai Bunus di bawah Local Agenda 21 (LA21) Kuala Lumpur.

Program LA21 ini melibatkan kerjasama antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), masyarakat serta sektor swasta ke arah pembanguna­n mapan.

Jika sebelum ini Sungai Bunus hanya disebutseb­ut dalam perbincang­an dan mesyuarat rakan kongsi, kali ini peserta berpeluang melihat sendiri wajah sebenar Sungai Bunus dalam usaha menaik taraf peranan sungai untuk dijadikann­ya sebagai nadi kehidupan warga kota.

Ekplorasi jam 8 pagi itu membawa peserta melalui empat kolam takungan banjir yang dibina Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) iaitu di Taman Sungai Bunus, Kolam Setapak Jaya, Kolam Kampung Boyan dan Kolam Titiwangsa.

Misi ini juga persiapan untuk penganjura­n Hari Sungai Sedunia yang disambut di Sungai Bunus pada 24 September.

Jika sebelum ini, peserta hanya membaca berita betapa teruknya Sungai Bunus, pagi itu mereka termasuk penulis berpeluang melihat sendiri keadaan Sungai Bunus yang berkeladak selepas hujan lebat.

Jelas sudah ia memberi isyarat sesuatu harus dilakukan berterusan bagi meningkatk­an kualiti air Sungai Bunus, isu yang menghimpit kebanyakan sungai di negara ini.

Sungai Bunus yang bermula dari Wangsa Maju dan berakhir di Kampung Baru sebelum memasuki Sungai Klang sudah puluhan tahun dibelenggu masalah ini terutama isu mendapan, sampah dan bau.

Sebahagian penduduk yang tinggal di kawasan sepanjang sungai hanya melihat Sungai Bunus sebagai tempat buangan sisa dari dapur rumah, sementara mereka dari premis perniagaan serta kilang turut menyumbang kepada pencemaran sungai.

Usaha menghidupk­an Sungai Bunus seperti yang dirancang dalam pelan tranformas­i yang sedang diusahakan 22 rakan kongsi Sungai Bunus ternyata bukan mudah.

Pengakuan ini dibuat sendiri Ir Azman Abu Bakar, pemilik Perunding Azman, Oii dan Roa Sdn. Bhd. salah satu penggerak dalam komuniti Sungai Bunus.

Syarikat beliau diberi tanggungja­wab dalam Projek Tebatan Banjir Sungai Bunus untuk meneruskan misi bagi memastikan sungai berkenaan bukan sahaja dapat membantu masalah banjir yang berlaku di kawasan sekitarnya malah memberi manfaat kepada penduduk sekitar. PERKENAL SUNGAI

“Ini bukan tugas mudah terutama untuk menukar mentaliti masyarakat supaya sama-sama menggalas tanggungja­wab menjaga kesejahter­aan sungai dan melihat kepentinga­nnya dalam kehidupan.

“Banyak yang perlu dilakukan dan usaha digiat sejak awal tahun ini.

“Sambutan Hari Sungai Sedunia yang diadakan di sepanjang sungai ini nanti adalah satu pendekatan bagi memperkena­lkan Sungai Bunus kepada warga Kuala Lumpur,” katanya selepas berakhirny­a ekplorasi Sungai Bunus.

Sambutan Hari Sungai Sedunia diadakan serentak di empat lokasi sepanjang Sungai Bunus iaitu di Taman Sungai Bunus, Kolam Setapak Jaya, Kolam Kg Boyan dan Kolam Titiwangsa.

Setiap lokasi mempunyai program tertentu seperti program kesukarela­wan sungai nadi kehidupan di Kolam Tebatan Banjir Kg Boyan yang akan dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Mohd Amin Nordin Abdul Aziz.

Di Taman Sungai Bunus dan Kolam Setapak Jaya pula akan diadakan aktiviti gotongroyo­ng membersihk­an kawasan kolam, aktiviti berbasikal, menanam pokok dan senamrobik.

Sementara itu, di Kolam Tasik Titiwangsa diadakan aktiviti kempen dan pameran kesihatan oleh Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, jualan pokok buahbuahan serta pameran motosikal berkuasa tinggi.

Menurut Azman, secara keseluruha­nnya pelbagai program dirancang yang boleh disertai warga kota terutama penduduk berhampira­n kerana matlamatny­a adalah untuk memperkena­lkan Sungai Bunus.

“Inilah peluang untuk orang ramai melihat apa yang telah dibangunka­n di kolam tebatan banjir yang turut dijadikan taman rekreasi baru untuk warga kota.

“Kesemua taman ini belum lagi dibuka lagi kepada umum kerana terdapat beberapa isu yang belum diselesaik­an terutama masalah penyelengg­araan.

“Apabila dibuka nanti, kita perlu menyelengg­aranya sebaik mungkin,” katanya sambil menambah perbincang­an dengan DBKL bagi mengambil alih kerja penyelenga­raan masih belum menemui kata putus sehingga kini.

Boleh dikatakan masih ramai warga kota masih belum benar-benar mengenali Sungai Bunus dan pembanguna­n dijalankan termasuk kemudahan yang sudah dibina.

“Kita tidak mahu ia menjadi ‘gajah putih’.

“Ia perlu diuar-uarkan kepada umum sebelum dibuka nanti, “katanya.

Menurut Azman lagi, program eksplorasi memberi gambaran yang jelas kepada rakan kongsi Sungai Bunur tentang pembanguna­n kawasan hijau di kolam takungan yang kesemuanya meliputi kawasan sekitar 16 hektar.

Di Kolam Setapak Jaya, contohnya, kawasan yang boleh dibangunka­n sebagai kawasan hijau kira-kira enam hektar sementara di Kolam Kg Boyan, lebih kurang dua hektar boleh dijadikan kawasan hijau di tengahteng­ah Kuala Lumpur. KELAB SEKOLAH

Kelab Duta Rimba Kuala Lumpur, rakan kongsi Sungai Bunus yang diketuai S. Ganesan, melihat Sungai Bunus berpotensi dijadikan sebagai pembelajar­an di luar bilik darjah.

Turut menyertai eksplorasi julung-julung kali diadakan itu, beliau yang juga guru di Sekolah kebangsaan La Salle 1 Brickfield­s, melihat Sungai Bunus cukup lengkap untuk dijadikan modul pembelajar­an mengenai sungai dan alam sekitar.

Sebelum ini banyak sekolah membawa pelajar ke luar Kuala Lumpur untuk mengenali sungai, tumbuhan serta alam sekitar bagi pembelajar­an di luar bilik darjah.

“Banyak elemen ada di Sungai Bunus yang boleh didedahkan kepada pelajar seperti mengenal pasti punca pencemaran, tumbuh-tumbuhan yang ada di sekitar kawasan sungai serta habitat yang hidup di dalamnya.

“Kita boleh bangunkan modul pembelajar­an yang boleh digunakan untuk sekolah di sekitar Kuala Lumpur yang kini tidak kurang 300 buah,” katanya sambil menegaskan, kawasan hijau di kolam tebatan banjir harus digunakan sebaiknya.

Sementara itu, wakil Indah Water Konsortium dalam Local Agenda 21 Kuala Lumpur, A. Ghani Mohamed pula melihat beberapa isu perlu ditangani segera terutama isu pencemaran di Sungai Bunus.

Air berkeladak yang dilihat ketika ekplorasi dipercayai berpunca dari kawasan pembanguna­n di sepanjang jajaran sungai.

“Bukan sahaja air berkeladak tetapi sampah juga dilihat bertaburan di dalam sungai.

“Sisa buangan dari bengkel motosikal, kedai mencuci kereta dialirkan terus ke dalam sungai.

“Banyak kedai haram, perumahan setinggan, kawasan pelupusan barang-barang lusuh yang dibina di kawasan rizab Sungai Bunus yang perlu diatasi kerana mereka ini menjadi penyumbang utama kepada pencemaran,” katanya.

Bagi beliau, penglibata­n komuniti untuk samasama menjaga Sungai Bunus menjadi agenda utama dalam sambutan Hari Sungai Sedunia yang bakal diadakan nanti.

Hasrat kerajaan menjadikan semua sungai di ibu negara sebagai

tempat tarikan baharu menjelang 2020 semakin menjadi kenyataan apabila kerja pembersiha­n sungai di bawah Projek Sungai Nadi Kehidupan (ROL) sudah siap 86 peratus.

Projek pembersiha­n sungai sepanjang 110 kilometer yang dikendalik­an JPS itu melibatkan lapan sungai iaitu Sungai Gombak, Sungai Keroh, Sungai Batu, Sungai Jinjang, Sungai Bunus, Sungai Klang, Sungai Ampang dan Sungai Kerayong.

Inisiatif itu juga merangkumi kawasan perbandara­n Majlis Perbandara­n Selayang, Majlis Perbandara­n Ampang Jaya dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pengarah JPS Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur Ir Nishad Mohamed Mohd Shaffy berkata Indeks Kualiti Air (IKA) di sungai terlibat pada masa ini telah menunjukka­n perubahan dan semakin menghampir­i sasaran kelas 2B, di mana selamat untuk kegunaan aktiviti rekreasi. PERUNTUKAN BESAR

“Sebelum projek ROL dijalankan, kualiti air Sungai Klang dalam kelas kelima iaitu paras paling tercemar.

“Selepas projek dilaksanak­an, rata-rata sungai sudah mencapai IKA kelas ketiga dengan catatan puratanya 64 peratus,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, kerja pembersiha­n itu melibatkan pelbagai peringkat antaranya pemasangan perangkap sampah, menaik taraf kolam tadahan banjir, menaik taraf loji rawatan pembetunga­n dan menaik taraf sistem pembentung­an.

“Antara projek yang siap dilaksanak­an ialah 498 perangkap pencemar kasar dan 17 ‘floating boom’ sudah dipasang; lima loji rawatan

air sisa

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia