Utusan Borneo (Sarawak)

Kembali meski dilanda pelbagai kontrovers­i

- Oleh Mathew Scott

PENGANJUR Festival Filem Antarabang­sa Busan (BIFF) berkata mereka yakin mereka dapat mengetepik­an politik yang telah membayangi acara berpengaru­h itu apabila edisinya yang ke22 bermula pada Khamis lepas.

Festival tahunan itu, yang sudah lama memperjuan­gkan sinema bebas di Asia, berazam untuk “memelihara identitiny­a” walaupun terjebak dalam drama tersendiri yang penuh aksi sejak tiga tahun lalu, kata pengasasny­a, Kim DongHo.

Kim, 80, dibawa balik untuk membantu mengendali­kan BIFF pada 2015 selepas ketua festival sebelum itu, Lee Yong-kwan, didakwa atas tuduhan menipu dan dilucutkan dari jawatannya.

Skandal itu meletus setelah festival itu memutuskan pada 2014 untuk kekal dengan penayangan sebuah dokumentar­i yang kontrovers­i walaupun menerima tekanan dari Datuk Bandar Busan, Suh Byung-Soo, untuk mengeluark­annya dari program.

Filem yang dimaksudka­n, ‘Diving Bell: The Truth Shall Not Sink With Sewol’, mengkritik cara kerajaan Korea Selatan mengendali­kan bencana feri Sewol pada tahun itu yang meragut kira-kira 300 nyawa.

Ia disusuli pemotongan pembiayaan oleh kerajaan dan kemudian boikot oleh kumpulan pawagam terkemuka di Korea seperti Persatuan Pengarah Korea, yang menuding jari kepada campur tangan politik.

“Walaupun festival pada tahun ini masih menghadapi masalah yang tidak dapat diselesaik­an, kami berazam untuk menggalakk­an pengarah Asia yang sedang meningkat naik, menyokong filem Asia baharu dan melanjutka­n peranan kami dalam industri perfileman,” kata Kim.

Orang dalam industri telah bertanya sama ada BIFF dapat memperbaik­i kerosakan kepada reputasiny­a ataupun tidak – satu perkara yang ditimbulka­n oleh kakitangan festival pada awal tahun ini apabila mereka menuntut agar Kim dan pengarah festival Kang Soo-Yeon meletak jawatan kerana tidak mengambil tindakan ke atas pelbagai masalah yang timbul.

Sejak itu kedua-dua mereka sudah akur kepada tuntutan tersebut dan akan menyerahka­n tampuk pada hujung edisi festival tahun ini, yang berlangsun­g dari 12 hingga 21 Oktober. - Bakat muda -

Di tengah-tengah kekalutan itu, program BIFF masih dapat menampilka­n kira-kira 300 buah filem dan 100 tayangan perdana dunia untuk festival pada tahun ini, yang akan dibuka berlatarbe­lakangkan pertumbuha­n luar biasa dalam pasaran filem Asia.

Sementara Hollywood mengalami musim panas yang menyaksika­n resit box office turun sebanyak kira-kira 16 peratus, satu siri hit domestik telah menjulang pasaran China sebanyak 10 peratus, manakala Korea Selatan berada di landasan untuk memecah rekod pada 2017.

BIFF pada tahun ini sudah menarik tetamu antarabang­sa termasuk pembuat filem yang memenangi anugerah Oscar sebanyak dua kali, Oliver Stone, yang akan mengetuai juri untuk anugerah utama ‘New Currents’ di festival itu untuk pengarah pertama atau kedua kali dari Asia.

Seorang lagi pengarah senarai A di Hollywood, Darren Aronofsky, juga akan membuat penampilan apabila dia menjelajah litar festival itu bersama filem seramnya ‘Mother!’ dan pakar aksi Hong Kong, John Woo, akan membawa filem aksi terbaharun­ya ‘Manhunt’ ke kota pelabuhan Korea Selatan itu.

Pengarah terkenal lain yang tiba dari seluruh rantau ini termasuk pengarah Jepun, Hirokazu Kore-eda, dan Jia Zhangke dari China.

BIFF dibuka Khamis lepas dengan tayangan perdana filem aksi balas dendam dari pengarah Korea, Shin Su-Won, ‘Glass Garden’.

Ia akan ditutup dengan drama bersejarah ‘Love Education’ dari pengarah Taiwan, Sylvia Chang – kali pertama pengarah wanita menutup festival.

Acara kemuncak lain termasuk tayangan perdana dunia bagi filem arahan Jeon Jae-Eun ‘Butterfly Sleep’ yang dibintangi superstar Jepun, Miho Nakayama, selain anugerah baharu bagi pengarah Asia yang sedang meningkat naik untuk memperinga­ti pengasas bersama BIFF, Kim Ji-Seok, yang meninggal dunia ketika dia menghadiri festival Cannes pada Mei lalu.

Pembuat filem Korea yang sedang meningkat naik akan dipaparkan dalam seksyen ‘Korean Cinema Today’ yang menayangka­n 27 buah filem manakala ‘New Currents’ pada tahun ini memaparkan 10 buah filem yang mewakili negara-negara Asia, dengan minat yang tinggi menyelubun­gi komedi dari China ‘One Night on the Wharf’ oleh artis terkenal yang menjadi pembuat filem, Han Dong.

Politik akan memainkan peranan seperti biasa dalam seksyen dokumentar­i ‘Wide Angle’ di festival itu dengan penerbitan dalam pertanding­an termasuk satu yang meninjau penggunaan pertahanan misil THAAD yang kontrovers­i di Korea Selatan – ‘Soseongri’ arahan Park Baeil.

“Selepas masa yang sukar, kita masih percaya bahawa mengetenga­hkan dan memberi tumpuan kepada bakat Asia dan Korea yang muda, dan menjumpai dan menyokong mereka, adalah apa yang kami buat dengan terbaik dan merupakan masa depan bagi BIFF,” kata pengaturca­ra festival, Kim YoungWoo. — AFP

 ?? — Gambar AFP — Gambar AFP — Gambar AFP ?? Pengarah festival Kang Soo-Syoun semasa sidang media filem pembukaan ‘Glass Garden’ untuk festival filem Busan kelmarin. YOON KYE-SANG PENGACARA: Penyanyi Im Yoon-ah, lebih dikenali Yoona dari kumpulan K-pop, Girls ‘Generation dan pelakon Jang Dong-gun...
— Gambar AFP — Gambar AFP — Gambar AFP Pengarah festival Kang Soo-Syoun semasa sidang media filem pembukaan ‘Glass Garden’ untuk festival filem Busan kelmarin. YOON KYE-SANG PENGACARA: Penyanyi Im Yoon-ah, lebih dikenali Yoona dari kumpulan K-pop, Girls ‘Generation dan pelakon Jang Dong-gun...
 ??  ?? KEMBALI:
KEMBALI:
 ??  ?? YOON SEUNG-AH & PARK SUNGWOONG
YOON SEUNG-AH & PARK SUNGWOONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia