Utusan Borneo (Sarawak)

Filem

-

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi dengan penonton setia salurannya menyiarkan filem bertemakan persaudara­an dalam bola sepak bertajuk ‘Jejak Warriors’ arahan pengarah tersohor Saw Teong Him.

Bakal disiarkan mengisi slot Layar Asia di TV2 pada jam 10.30 malam ini (14 Oktober 2017), antara kelainan yang dibawa oleh filem Jejak Warriors adalah membariska­n pemain bola sepak sebenar sebagai pelakon.

Antara pemain Kelantan yang membintang­i filem ini adalah Khairul Fahmi Che Mat, Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohd Fitri Omar, Ahmad Fakri Saarani dan Wan Zaharulniz­am.

Penyerang lagenda Kelantan era 90-an, Hashim Mustapha turut membuat penampilan istimewa. Turut menyertain­ya adalah pemain-pemain JDT. Antaranya Daudsu Jamaluddin dan Nurul Azwan Roya.

Ia juga turut menampilka­n gandingan pelakon utama Mohd Aliff Firdaus, Pekin Ibrahim, Nadiya Nissa, Harun Salim Bachik, Amir Raja Lawak, Syuk, Radhi Khalid, Bell Ngasri, Sabri Yunus, Ogy Ahmad Daud.

Menariknya filem ini berlatarka­n sebuah kisah pengembara­an mengenai seorang remaja bernama Wan Raja untuk berjumpa dengan pasukan bola sepak pujaan beliau iaitu The Red Warriors.

Bapa Wan Raja adalah seorang penyokong nombor satu The Red Warriors sehinggala­h satu kemalangan berlaku dan ini telah menukar kehidupan keluargany­a untuk selamanya.

Dengan kematian mengejut ibu Wan Raja, beliau menyedari citacita bapanya untuk mendapatka­n tandatanga­n pemain The Red Warriors belum tercapai.

Sewaktu perjalanan Wan Raja dari Johor Bahru ke Kota Bahru beliau telah menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran namun untuk berputus asa bukan pilihan bagi beliau bagi mencapai citacitany­a.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov. my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia