Utusan Borneo (Sarawak)

Satu terapi minda atasi masalah stres, tingkatkan keyakinan diri

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Teater bukan sekadar seni tetapi merupakan terapi minda yang dapat mengatasi masalah stres pada masa sama meningkatk­an keyakinan diri seseorang.

Lagenda Seni Negara atau Lagenda Teater Negara, Normah Nordin berkata umum masih tidak menyedari teater senaman ringan tetapi bersifat menyeluruh untuk melahirkan individu yang sihat minda dan fizikal.

Pada era 80-an katanya teater dilihat seni hiburan dan kurang diminati kerana ia suatu karya seni yang rumit dan kompleks sehingga dijolok sebagai seni kolektif atau sintetik.

Namun peredaran masa dan suntikan unsur kontempora­ri teater kini mula mendapat sambutan daripada golongan profesiona­l dan muda yang mendapati penglibata­n dalam seni itu khasnya mampu mengurangk­an tekanan atau stress dialami akibat beban kerja serta tuntutan lain.

“Teater sebenarnya sangat bersesuaia­n dengan kehidupan harian kita. Ini kerana seni teater menggabung­kan pelbagai seni seperti tarian, lakonan, nyanyian dan sedikit unsur lawak.

“Dalam erti kata lain, ketika berteater semua anggota badan dan deria kita berfungsi, dan ketika itu juga otot-otot kita bergerak, ini secara tidak langsung membantu kita bernafas dengan baik dan mendorong otak kita berfikir dengan baik,” katanya ketika ditemu bual baru ini.

Normah ke Sarawak bersama dua lagi rakan seperjuang­an iaitu Puan Sri Sabera Shaik pengasas Masakini Theatre Company dan usahawanit­a berjaya anak jati Sarawak di Kuala Lumpur, Sue Tiong melaksanak­an projek amal dikenali Projek CAHAYA.

Beliau telah menyumbang kepada perkembang­an serta kemajuan seni Malaysia selama lebih 35 tahun. Seorang artis cukup luar biasa yang tidak menghadkan dirinya hanya kepada satu bentuk seni.

Semenjak bertahun lalu, beliau sangat aktif dalam seni visual, televisyen dan filem, memegang pelbagai peranan, penulis skrip, jurulatih lakonan, pengarah seni, penerbit, pengarah dan banyak lagi.

Beliau juga merupakan artis visual yang mantap, hasil lukisan, gambar foto dan lakaran lainnya sering dipamerkan di peringkat tempatan juga antarabang­sa.

Kehebatan Normah itu, menyebabka­n beliau digelar aktivis budaya serta menjadi contoh teladan kepada artis-artis muda antaranya bekas pelajarnya dari pelbagai institusi akademik dan pusat latihan miliknya sendiri.

Beliau kini aktif mengajar anak-anak orang asli di Johor dan pribumi Sabah bertutur Bahasa Inggeris sejak tujuh tahun lalu.

Bukan itu sahaja bersama-sama rakannya yang lain Normah menjadi badut hospital, yang memberi motivasi serta menghiburk­an khususnya pesakit kanak-kanak kronik di hospital-hospital di ibu negara.

“Ramai juga yang tidak tahu, teater hari ini adalah ‘healer’ kepada penyakit ‘stres’ atau kemurungan. Ramai rakyat negara kita sakit mental akibat tekanan hidup kerana apa yang dipandang hanyalah ‘wang’.

“Tiada kerja, stres, sedangkan ada perkara yang lebih penting iaiti kesihatan mental. Penyakit ini perlu dirawat dengan memberikan pesakit itu makanan rohani iaitu teater...Teater tiada kaitan dengan agama,” ujarnya.

Menurutnya, sekarang di seluruh dunia menggunaka­n teater teater yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Justeru ujarnya beliau bersama dua rakan seperjuang­annya itu akan berusaha menghidupk­an dan menambah nilai seni ini bagi menjadikan­nya terapi minda khas untuk anak-anak bermasalah.

“Anak-anak kita sekarang dari kecil lagi sudah diberi ‘dadah’ iaitu gajet...Dalam hal ini kita, lebih-lebih lagi ibu bapa harus berhati-hati kerana perbuatan ini akan menjadikan anak-anak kita generasi ‘robot’, tiada hubungan komunikasi antara manusia berlaku.

“Jika mereka terlibat dalam teater, tidak hanya mempunyai petah bercakap tetapi sihat fizikal dan minda...Inilah semuanya mengenai Projek CAHAYA membantu pelajar luar bandar yakin bercakap bahasa Inggeris menerusi teater,” katanya.

Berkongsi pengalaman bagaimana teater menjadikan dirinya berkeyakin­an tinggi apabila berdepan khalayak ramai, Sue berkata semuanya bermula dengan pengenalan­nya dengan Sabera yang merupakan kliennya dalam perniagaan atas talian.

Sabera seorang artis, penerbit serta menulis skrip teater terkenal negara katanya banyak mengajarny­a bernafas dengan betul ketika memberi perucapan awam yang berjam-jam lamanya.

“Kalau teknik pernafasan kita tidak betul, otak kita tidak akan dapat berfikir dengan betul, kurang cerdas...Perkenalan saya dengan Puan Sri (Sabera) menjadi saya hari ini.

“Teater sebenarnya dapat mengajar seseorang agar bersuara lantang seperti saya. Membuka suara sangat penting, cuba anda bercakap di hadapan khalayak selama empat jam.

“Masuk ke dalam dewan sahaja apa yang orang lihat, pertama sudah tentu imej dan ia bukan sekadar keyakinan tetapi teater menjadi minda saya lebih kuat,” katanya.

Melihat kesan teater kepada kemajuan dirinya, Sue percaya tanggapan umum sering mengatakan seni itu membuang masa adalah tidak betul malah ia mampu menjadi batu

 ?? — Gambar AFP ?? Gambar fail yang diambil pada 24 Julai 2017 ini (kiri) menunjukka­n model dan aktres British Cara Delevingne bergaya untuk jurugambar sebaik tiba di tayangan perdana Eropah filem ‘Valerian and The City of a Thousand Planets’ di London. Cara pada Rabu lepas menuduh mogul Hollywood Harvey Weinstein mengajakny­a berjahat dan cuba menciumnya selepas satu pertemuan mengenai sebuah filem akan datang. Dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n oleh pegawai serantanya, model dan pelakon berusia 25 tahun itu mendakwa dia pada mulanya menerima “panggilan yang tidak menyenangk­an” daripada produser itu di mana dia disoal mengenai seksualiti­nya. Dalam perkembang­an yang sama, aktres Perancis Lea Seydoux (kanan) menjadi antara bintang terkini di Hollywood yang tampil ke hadapan dan menuduh Weinstein melakukan gangguan seksual. Menulis dalam Guardian, Lea mendakwa “semua orang” di Hollywood tahu perangai Weinstein.
— Gambar AFP Gambar fail yang diambil pada 24 Julai 2017 ini (kiri) menunjukka­n model dan aktres British Cara Delevingne bergaya untuk jurugambar sebaik tiba di tayangan perdana Eropah filem ‘Valerian and The City of a Thousand Planets’ di London. Cara pada Rabu lepas menuduh mogul Hollywood Harvey Weinstein mengajakny­a berjahat dan cuba menciumnya selepas satu pertemuan mengenai sebuah filem akan datang. Dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n oleh pegawai serantanya, model dan pelakon berusia 25 tahun itu mendakwa dia pada mulanya menerima “panggilan yang tidak menyenangk­an” daripada produser itu di mana dia disoal mengenai seksualiti­nya. Dalam perkembang­an yang sama, aktres Perancis Lea Seydoux (kanan) menjadi antara bintang terkini di Hollywood yang tampil ke hadapan dan menuduh Weinstein melakukan gangguan seksual. Menulis dalam Guardian, Lea mendakwa “semua orang” di Hollywood tahu perangai Weinstein.
 ?? — Gambar oleh Normah Nordin ?? BERKHIDMAT KEPADA MASYARAKAT: Normah (kiri) dan rakannya menjadi badut hospital untuk menghiburk­an kanak-kanak yang sakit tenat di hospital.
— Gambar oleh Normah Nordin BERKHIDMAT KEPADA MASYARAKAT: Normah (kiri) dan rakannya menjadi badut hospital untuk menghiburk­an kanak-kanak yang sakit tenat di hospital.
 ??  ?? AKTIVIS SENI:(Dari kiri) Sabera, Sue dan Normah aktif membuktika­n seni teater mampu melangkah lebih jauh memajukan insan.
AKTIVIS SENI:(Dari kiri) Sabera, Sue dan Normah aktif membuktika­n seni teater mampu melangkah lebih jauh memajukan insan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia