Utusan Borneo (Sarawak)

Hasil muafakat ibu bapa, guru landskap SMK Salaping menampakka­n keceriaan

-

KOTA MARUDU: Landskap SMK Kota Marudu II Salaping mulai menampakka­n keceriaan dan kemesraan berkat muafakat ibu bapa dan guru menggemble­ng inisiatif mengatasi pelbagai kekurangan.

Yang Dipertua PIBG Abdul Ghani Alui berkata kerja pengindaha­n bermula April meliputi penceriaan persekitar­an, membersih bilik air, mengecat pagar, membaik pulih pintu dan menebang pokok berjaya membuka minda pelajar untuk ikut serta memperinda­hkan sekolah.

“Hasil sokongan pihak pengurusan sekolah, beberapa program berjaya diatur untuk memotivasi­kan semua pihak terlibat menciptaka­n keceriaan sekolah,” katanya.

Beliau menjelaska­n Pengetua Marmoh Kasman dan Penolong Kanan Dayang Sinar terlibat secara langsung dalam perancanga­n bersama ibu bapa mengadakan kerja gotong royong berkala setelah mengadakan lawatan ke SMK Pinggan Pinggan, Pitas yang terkenal dengan kehijauan dan disiplin baik pelajar.

Menurut beliau, beberapa kemudahan di asrama yang sebelum itu berada dalam keadaan daif ekoran sikap segelintir pelajar yang tidak menghargai kemudahan awam kini dapat diperbaiki.

“Gotong-royong perdana telah memberi impak drastik keceriaan sekolah dengan pengecatan dinding, penyusunan pasu bunga dan penulisan cogan kata di hadapan bilik air sehingga sekolah kelihatan mesra alam,” katanya.

Naib Yang Dipertua PIBG Niol Lumpitau yang pernah menyertai lawatan sambil belajar ke Korea telah mengambil peranan penting membentuk gerak kerja penebangan, penceriaan laman, melukis dan mengecat bilik air.

Setiap ibu bapa juga telah memberi sumbangan penting dalam bentuk benih bunga dan buah-buahan di samping membeli bahan tertentu mengindahk­an bilik air.

Kalangan ibu bapa pelajar datang dari pelbagai kampung berjauhan seperti Talamason, Tangkol, Malangkap, Sunsui, Korongkom, Radu untuk mengikuti kerja bersama dengan membawa peralatan masing-masing seperti parang, berus cat dan mesin rantai gergaji.

Bertitik tolak daripada usaha itu, pengurusan sekolah meletakkan sasaran mendisipli­nkan 1,200 pelajar sekolah itu di samping mendapat tempat terbaik dalam pertanding­an keceriaan sekolah peringkat negeri.

Pengurusan sekolah juga berharap dapat mengatasi kekurangan kemudahan sekolah berusia 12 tahun itu dengan mengupayak­an perkhidmat­an bas sekolah, melengkapk­an katil, tilam, bantal dan almari asrama di samping memperbaik­i keretakan bilik darjah melalui pemantauan JKR.

Dayang Sinar juga berharap pihaknya memperoleh dana memasang lampu limpah dan penghawa dingin di dewan utama yang menjadi venue pelbagai program peringkat sekolah dan daerah.

Katanya, dewan itu sering menjadi tempat bagi mengadakan pelabagai acara, seminar, forum dan juga kursus dalam kalangan pelajar seluruh daerah selain di peringkat negeri.

 ??  ?? CERIA: Ibu bapa bergambar di sudut dinding SMK Kota Marudu II Salaping yang berlukisan indah.
CERIA: Ibu bapa bergambar di sudut dinding SMK Kota Marudu II Salaping yang berlukisan indah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia