Utusan Borneo (Sarawak)

Bantuan kewangan RM450,000 untuk tiga gereja di Beluran dan Telupid

-

SANDAKAN: Tiga gereja di Beluran dan Telupid menerima bantuan kewangan berjumlah RM450,000 daripada kerajaan yang disampaika­n oleh Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, hari ini.

Gereja tersebut ialah Saint Andrew Beluran yang menerima bantuan kewangan berjumlah RM200,000, RTDS-Katholik Mission Telupid (RM150,000) dan Gereja BCCM Murok Kampung Bauto Telupid (RM100,000),

Kiandee yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat menyampaik­an cek bantuan kewangan itu kepada wakil setiap gereja tersebut dalam satu majlis di sini.

Berucap pada majlis itu, Ronald berkata pemberian bantuan kewangan tersebut merupakan komitmen berterusan kerajaan bagi memenuhi keperluan rumah ibadat di sekitar kawasan Parlimen Beluran.

Katanya, ini membuktika­n pemimpin di peringkat persekutua­n peka dengan keperluan rumah ibadat di negeri ini khususnya di kawasan Parlimen Beluran.

“Ini juga menunjukka­n kera- jaan tidak mengetepik­an dan mengabaika­n aspek keagamaan di negeri ini,” katanya.

Menurutnya sebanyak 15 gereja baharu telah dibina di kawasan Parlimen Beluran bagi memenuhi keperluan keagamaan rakyat di kawasan itu.

Kiandee berkata usaha untuk mendapatka­n peruntukan daripada kerajaan persekutua­n akan beliau teruskan kerana masih ada kampung yang memerlukan gereja baharu atau naik taraf.

Dalam pada itu, Paderi Penguasa Gereja Saint Andrew Beluran Arun Kuak menyifatka­n pemberian bantuan kewangan bukti keperihati­nan kerajaan terhadap keperluan badan keagamaan dan gereja khususnya di kawasan Parlimen Beluran. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTUAN: Dr Ronald (dua, kanan) bergambar wakil tiga gereja yang menerima bantuan kewangan berjumlah RM450,000 semalam.
— Gambar Bernama BANTUAN: Dr Ronald (dua, kanan) bergambar wakil tiga gereja yang menerima bantuan kewangan berjumlah RM450,000 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia