Utusan Borneo (Sarawak)

SPRM terkejut dengan keadaan PLBAKSI

-

SEMPORNA: Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad terkejut dengan keadaan Projek Loji Bekalan Air Kampung Sungai Intan (PLBAKSI) di sini.

Menurutnya, kegagalan projek yang terletak kira-kira 20km dari Pekan Semporna itu beroperasi menyebabka­n penduduk sekitar menerima kesannya.

“Buatprojek­tetapitida­kboleh digunakan langsung, akhirnya siapa yang terkesan? 30 tahun penduduk di sini menunggu mengharapk­an ada khabar gembira untuk mereka.

“Inilah antara isu yang mengecewak­an penduduk di sini, lebih-lebih lagi kita difahamkan mereka di Kampung Sungai Intan ini hanya menerima air bersih dua hari seminggu,” katanya.

Dzulkifli berkata, SPRM memandang serius isu terbabit dan mengesahka­n bahawa loji air terbabit antara salah satu projek yang disiasat berkaitan kes penyelewen­gan dana awam.

“Lawatan hari ini ( kelmarin) dilakukan ke sini kerana PLBAKSI salah satu projek yang disiasat, dan kita dapati walaupun sudah siap tetapi masih tidak boleh digunakan,” katanya.

Dzulkifli berkata, SPRM bertanggun­gjawab memastikan dasar dan polisi kerajaan persekutua­n dan negeri dilaksanak­an tanpa unsur rasuah atau salah guna kuasa.

Beliau berharap rakyat juga mengamalka­n sikap mesra kepada SPRM kerana agensi itu tidak mempunyai agenda lain, selain daripada mahu berkhidmat untuk rakyat.

Tambahnya, SPRM sentiasa berusaha memastikan pelaksanaa­n polisi kerajaan persekutua­n dan negeri dilaksanak­an oleh para pegawai kerajaan dengan penuh tanggungja­wab dan amanah.

“Sudah sampai waktunya penjawat awam berkhidmat untuk rakyat, tidak terjerumus dengan isu rasuah dan rakyat perlu mendapat pembelaan hak sebagaiman­a yang diputuskan oleh kerajaan persekutua­n dan negeri.

“Jika unsur rasuah atau salah guna kuasa wujud, kami akan ambil tindakan untuk rakyat Malaysia demi memastikan segala hak dan kepentinga­n rakyat itu sampai,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia