Utusan Borneo (Sarawak)

Standard Kitchen adakan Oktoberfes­t hingga 14 Oktober

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Standard Kitchen mengadakan festival jualan dapur atau Oktoberfes­t selama empat hari bermula 12 hingga 15 Oktober ini.

Festival jualan ini melibatkan kedua-dua cawangan Standard Kitchen di Matang dan Batu 3 dan boleh dikunjungi dari jam 9 pagi hingga 8 malam.

Menurut jurucakap Standard Kitchen, festival jualan ini menawarkan potongan harga sehingga 50 peratus bagi pelbagai jenis perkakasan dan aksesori dapur berjenama dan berkualiti.

Antara jenama yang tidak harus dilepaskan oleh pelanggan pada festival jualan empat hari ini semestinya perkakasan dapur Rubine dan Robam.

Tumpuan pada Oktoberfes­t ini katanya tentunya pada kabinet dapur yang menawarkan potongan harga sehingga 20 peratus berbanding diskaun biasa 5 peratus.

“Standard Kitchen adalah pusat sehenti yang menjadi penyelesai­an bagi pelanggan untuk memenuhi dapur idaman mereka.

“Untuk jualan empat hari ini, kami juga menyediaka­n khidmat sebut harga, lukisan dan pembentang­an tiga dimenasi (3D) secara percuma,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai dipelawa untuk tidak melepaskan peluang mengunjung­i Standard Kitchen di dua cawangan ini bagi merebut tawaran hebat yang disediakan.

Sebarang pertanyaan atau tempahan juga boleh hubungi Standard Kitchen di talian 082-456669 (Cawangan Batu 3) dan 082-544369 (Cawangan Matang).

 ??  ?? PENUHI IMPIAN: Festival jualan dapur di Standard Kitchen Cawangan Matang dan Batu 3 bermula 12 hingga 15 Oktober ini.
PENUHI IMPIAN: Festival jualan dapur di Standard Kitchen Cawangan Matang dan Batu 3 bermula 12 hingga 15 Oktober ini.
 ??  ?? BERBALOI: Potongan harga sehingga 20 peratus untuk kabinet dapur Standard Kitchen.
BERBALOI: Potongan harga sehingga 20 peratus untuk kabinet dapur Standard Kitchen.
 ??  ?? ISTIMEWA: Dapatkan perkakasan dan aksesori dapur dengan potongan harga sehingga 50 peratus.
ISTIMEWA: Dapatkan perkakasan dan aksesori dapur dengan potongan harga sehingga 50 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia