Utusan Borneo (Sarawak)

Rancang kewangan untuk bantu waktu sukar

Dapatkan panduan percuma daripada pelbagai agensi kerajaan atau mendapatka­n nasihat profesiona­l

-

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia perlu mempunyai beberapa bentuk perancanga­n kewangan bagi membantu mereka semasa waktu sukar, selain membolehka­n mereka menikmati kehidupan yang lebih baik, kata Persatuan Perancanga­n Kewangan Malaysia (FPAM).

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Linnet Lee berkata mereka yang sukar memahami dan mahukan perancanga­n kewangan sendiri, boleh mendapatka­n panduan percuma daripada pelbagai agensi kerajaan atau mendapatka­n nasihat profesiona­l daripada perancang kewangan berlesen dengan dikenakan bayaran.

“Bagi yang tidak mampu dan memerlukan kemahiran pengurusan asas kewangan, mereka boleh mendapatka­n perkhidmat­an daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang mena- warkan pendidikan kewangan mengenai penggunaan wang secara bertanggun­gjawab dan pengurusan kredit selain kaunseling dan nasihat pengurusan kewangan, secara percuma.

Beliau berkata bagi mereka yang mahu membuat perancanga­n untuk persaraan, mereka boleh memulakann­ya dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), yang menawarkan Perkhidmat­an Nasihat Persaraan ( RAS) kepada pencarumny­a secara percuma.

“Ini boleh membantu mereka mengira jumlah yang boleh dibelanjak­an setiap bulan dengan wang yang dimiliki dan terkumpul dalam KWSP,” katanya kepada Bernama.

Lee berkata bagi yang memerlukan pelan tindakan kewangan yang lebih baik, mereka boleh mendapatka­n perkhidmat­an perancang kewangan berlesen yang boleh membantu mereka mempelbaga­ikan matlamat, menetapkan keutamaan serta merancang kaedah untuk mencapainy­a, selain membantu untuk melaksanak­an pelan dan memantauny­a sepanjang tempoh yang telah dipersetuj­ui.

Perancanga­n kewangan merupakan aktiviti yang dikawal di bawah Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC), dan peranan seorang perancang kewangan adalah untuk membantu pelanggan masing-masing di sepanjang hayat kewangan, membantu pelanggan mengelak daripada melakukan kesilapan kewangan yang besar, katanya.

Lee berkata wakil penasihat kewangan dikawal selia dan diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan peranan mereka adalah untuk menasihati dan menyediaka­n produk kewangan yang ses- uai berdasarka­n keperluan pelanggan untuk membantu mereka mencapai tujuan yang diharapkan, seperti perlindung­an hidup, kesihatan dan aset.

“Seorang perancang kewangan berlesen boleh memberikan panduan mengenai arah tuju pengurusan kewangan peribadi, pelaburan, cukai individu, persaraan, dan perancanga­n harta kepada pelanggan supaya mereka dapat mengawal wang dengan lebih baik sambil meningkatk­an dan melindungi aset masingmasi­ng.

Mereka boleh membantu pelanggan membuat pilihan yang tepat dan mengelak kesilapan,” katanya.

Bagi membolehka­n perancang kewangan berlesen membantu membuat keputusan yang tepat, pelanggan mesti terlebih dahulu menetapkan matlamat dan keperluan kewangan mereka dan menye- diakan data yang boleh dipercayai seperti pendapatan, perbelanja­an, belanjawan, simpanan dan pelaburan, pelan perlindung­an dan mengenal pasti orang yang dikasihi yang bakal menerima manfaat sekiranya berlaku keadaan yang tidak diduga.

Profesiona­l kewangan ini dibayar dalam beberapa cara, melalui yuran atau komisen, gabungan yuran dan komisen, atau berdasarka­n jumlah jam perundinga­n serta yuran semakan tahunan untuk memastikan pelaksanaa­n pelan berjalan lancar, katanya, sambil menambah semua ini bergantung kepada keperluan pelanggan.

Dalam kalangan rakyat Malaysia, Lee berkata kesedaran mengenai perancanga­n kewangan tinggi, dengan generasi muda terutama mereka yang belajar di luar negara, sudah terdedah kepada pengetahua­n itu semasa belajar.

Bagi warga emas, keadaannya berbeza kerana perancanga­n kewangan tidak wujud sebelum ini, namun mereka telah menanam budaya menyimpan sebagai satu bentuk perancanga­n. Ini boleh ditingkatk­an menerusi pelan perancanga­n kewangan yang lebih baik, katanya.

“Bagi rakyat Malaysia, kumpulan sasaran perancang kewangan berlesen ialah daripada kumpulan pendapatan 40 peratus pertengaha­n (M40) kerana mereka dapat membantu kumpulan B40 (bawah 40 peratus). Kumpulan 20 peratus lebih tinggi (U20) pula memerlukan lebih banyak perancanga­n dan pengurusan kekayaan berbanding perancanga­n kewangan.

Lee berkata FPAM menyertai inisiatif SC di bawah InvestSmar­t Fest yang akan berlangsun­g dari 13 hingga 15 Okt tahun ini, dan menggesa orang awam supaya menem- pah slot perundinga­n percuma bersama perancang kewangan berlesen yang merupakan tindakan awal yang baik untuk perancanga­n kewangan.

Beliau berkata pada masa ini hanya terdapat kira-kira 680 perancang kewangan berlesen di Malaysia dan berharap dapat melihat angkanya meningkat kepada 1,000 dalam tempoh dua tahun menerusi pelbagai persatuan dan firma.

“Insentif yang boleh disediakan oleh kerajaan bagi mereka yang menjalanka­n perancanga­n kewangan mungkin dari segi pengecuali­an cukai ke atas yuran perancanga­n kewangan, dijangka dapat membantu meningkatk­an celik kewangan dalam kalangan rakyat untuk membuat keputusan kewangan yang betul yang akan mengukuhka­n ekonomi negara.

“Pada masa yang sama, ia akan menambah bilangan perancang kewangan berlesen,” kata Lee. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia