Utusan Borneo (Sarawak)

Peluang kerjasama perniagaan pada Forum Ekonomi Qatar-Malaysia 16 Oktober ini

-

KUALA LUMPUR: Lebih banyak kerjasama strategik antara kalangan komuniti perniagaan Kuala Lumpur dan Doha disasar dapat dijalinkan menerusi penganjura­n Forum Ekonomi Qatar-Malaysia di sini, pada 16 Oktober ini.

Penganjura­n itu bersempena kunjungan Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al-Thani ke Malaysia yang disertai delegasi termasuk 70 wakil perniagaan negara berkenaan.

Acaraitudi­anjurkanbe­rsama oleh Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) dan Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Kebangsaan Malaysia (NCCIM).

Dalam satu kenyataan di sini semalam, MIDA berkata forum itu juga hasil kerjasama dengan pihak Kedutaan Qatar di Malaysia dan Kementeria­n Ekonomi dan Perdaganga­n Qatar serta Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Qatar.

Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Azman Mahmud berkata agensi itu mengambil peluang untuk menganjurk­an bengkel bagi meningkatk­an pemahaman serta kesedaran mengenai peluang pelaburan di Malaysia berikutan kehadiran delegasi Qatar dan wakil perniagaan­nya.

“Menerusi usaha itu, kami menyasarka­n lebih banyak pakatan strategik dapat dijalinkan oleh kalangan komuniti perniagaan Malaysia dan Qatar.

“Acara itu juga tepat pada masanya ketika Qatar sedang berusaha untuk lebih berdikari dan lebih pelbagai dari destinasi pelaburan tradisiona­lnya di rantau Asia Barat.

“Malaysia sebagai sebuah ekonomi yang pelbagai dengan kepelbagai­an budaya, modal insan berkemahir­an pelbagai bahasa menawarkan peluang perniagaan yang besar untuk pelabur Qatar khususnya untuk mereka yang mahukan akses pasaran lebih besar di rantau ASEAN,” katanya.

Azman turut mengalu-alukan lebih banyak pelaburan dari Qatar khususnya dalam bidang minyak dan gas, bahan kimia dan produk berasaskan­nya, pemprosesa­n makanan, produk halal, penjagaan kesihatan, perhotelan dan pelanconga­n, perbankan dan kewangan Islam, pembanguna­n hartanah serta pendidikan dan latihan.

“Pelaburan Qatar di Malaysia masih kecil berbanding kehadiran banyak syarikat Malaysia yang bertapak kukuh di negara itu. Syarikat-syarikat Malaysia aktif dalam bidang pembinaan, runcit dan hospitalit­i, pendidikan, automotif dan segmen pengurusan sisa.

“Malah, menerusi penganjura­n acara Piala Dunia FIFA 2022, wujud lebih banyak peluang perniagaan seperti makanan dan minuman, pembinaan, pelanconga­n, pembuatan dan logistik yang boleh direbut oleh penggiat industri Malaysia,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia