Utusan Borneo (Sarawak)

Bersatu kukuh dan siap siaga hadapi ancaman musuh

- Oleh Sandy Mark Luna

SERAMAI 118 pegawai dan anggota lain- lain pangkat dari Tentera Darat Malaysia (TDM) dan 130 perwira dan anggota Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI-AD) berjaya melaksanak­an program latihan bersama, Eksesais Kekar Malindo Siri 41AB/2017 di Tarakan, Kalimantan Utara pada 27 September hingga 7 Oktober lalu.

Eksesais itu merupakan latihan bilateral yang diadakan setiap tahun yang melibatkan dua fasa iaitu Eksesais Pos Pemerintah dan Eksesais Trup Medan.

Objektif eksesais itu bertujuan untuk menguji pemerintah dan pegawai staf di peringkat batalion infantri dan pasukan gabungan dalam operasi gabungan, meningkatk­an keupayaan kedua-dua pihak bagi melaksanak­an operasi dalam konteks Peperangan Konvension­al (CW).

Selain itu, ia juga bagi mengeratka­n semangat setia kawan serta perhubunga­n erat antara kedua- dua negara agar berterusan selain dapat meningkatk­an kesiagaan ketenteraa­n bagi menghadapi sebarang ancaman musuh yang mendatang.

Menurut Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia Brigedier Jeneral Mohd Bustaman Mat Zin, melalui eksesais bersama itu, Malaysia dan Indonesia mampu menyediaka­n sebuah angkatan tentera yang mampu bertindak dan beroperasi dalam pelbagai spektrum peperangan.

“Saya yakin Malaysia dan Indonesia mampu meningkatk­an kesiapsiag­aan operasi bersama angkatan bersenjata kedua-dua negara bagi menangani ancaman musuh di persempada­nan kedua- dua negara atau s e b a r a n g a n c a m a n keselamata­n.

“E k s e s a i s s e b e g i n i m e r u p a k a n s a t u pengiktira­fan dan juga bukti menunjukka­n Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan rapat serta bersatu padu dalam mengekalka­n keamanan sejagat,” katanya yang merupakan pengarah latihan pada majlis penutup, baru- baru ini..

Beliau turut mengucapka­n ribuan terima kasih kepada penganjur Eksesais Kekar Malindo Siri 41AB/ 2017 dan berharap hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia- Indonesia ini kekal demi bersama- sama dalam menangani ancaman musuh sempadan kedua-dua negara.

Hadir sama, Pangdam VI Malawarman, Mayor Jeneral TNI Sonhadji S. I. P; Danlantama­l XIII, Laksamana Pertama FNI Ferial Fachroni; Brigif 24 Bulungan Chakti merangkap Pengarah Latihan Bersama, Kolonel Inf Jones Sasmita; Walikota Tarakan, Ir Sofian Raga dan pegawai-pegawai TDM dan TNI-AD.

 ??  ?? KEMAS: Bustaman (dua kiri) dan Sonhadji memeriksa barisan TDM dan TNI-AD.
KEMAS: Bustaman (dua kiri) dan Sonhadji memeriksa barisan TDM dan TNI-AD.
 ??  ?? SIAP SIAGA: Kerjasama TDM dan TNI-AD terus diperkukuh dalam memelihara keselamata­n sempadan kedua-dua negara.
SIAP SIAGA: Kerjasama TDM dan TNI-AD terus diperkukuh dalam memelihara keselamata­n sempadan kedua-dua negara.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BERSAHABAT: Bustaman dan Walikota Tarakan, Ir Sofian Raga menunjukka­n tanda persahabat­an.
BERSAHABAT: Bustaman dan Walikota Tarakan, Ir Sofian Raga menunjukka­n tanda persahabat­an.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia