Utusan Borneo (Sarawak)

Pengebom nekad Boko Haram bunuh 5 di timur laut Nigeria

-

KANO: Lima orang maut dalam serangan bom nekad ketika Boko Haram menyerbu sebuah perkampung­an terpencil di timur laut Nigeria, seorang anggota militia awam dan perkhidmat­an kecemasan menyatakan kelmarin.

Ibrahim Liman, daripada Pasukan Petugas Bersama Awam (CJTF) berkata serangan berlaku di perkampung­an Belbelu, berhampira­n Kayamla, di kawasan Konduga di wilayah Borno, pada kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan.

Beberapa penyerang menyerbu kampung itu dan salah seorang pejuang jihad tersebut meninggalk­an kumpulan dan menuju ke arah sebuah tempat menyimpan gandum, memaksa anggota CJTF untuk melepaskan tembakan.

“Mereka terus menembak dengan senjata mereka dari belakang pagar sementara dia terus berjalan ke depan dan turut membalas tembakan dengan menggunaka­n senjata AK-47,” kata Liman.

“Apabila dia semakin hampir, dia meletupkan bom yang dilekatkan pada badannya, membunuh empat anggota CJTF dan mencederak­an dua orang lagi.

“Seorang wanita berhampira­n turut terkorban. Serangan itu memaksa anggota sukarelawa­n kembali semula ke kampung tersebut yang mencetuska­n keadaan panik di kalangan penduduk yang mula melarikan diri.

“Penyerang kemudian memecah masuk ke dalam beberapa silo dan mengambil gandum, kebanyakan­nya sekoi, betari dan jagung. Mereka mengambil apa yang termampu dan memusnahka­n yang lain.” Keterangan itu disokong oleh anggota perkhidmat­an kecemasan di Borno, yang meminta identitiny­a dirahsiaka­n atas tujuan keselamata­n.

Daerah Konduga ke tenggara Maiduguri menjadi kawasan panas dan terkenal bagi aktiviti Boko Haram di sebalik dakwaan kerajaan dan tentera bahawa kumpulan itu sudah lemah.

Pada Ogos, empat anggota CJTF adalah di antara lima orang yang terkorban dalam serangan hendap Boko Haram ke atas sebuah konvoi beberapa trak di bawah iringan bersenjata di perkampung­an Meleri.

Pada Jun lepas, lelaki bersenjata Boko Haram telah bersembuny­i di sebalik pokok dan membunuh lapan anggota CJTF di luar Kayamla.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia