Utusan Borneo (Sarawak)

Renjer India buru harimau ‘pemakan manusia’

-

MUMBAI: Beberapa renjer taman yang bersenjata cuba membunuh atau menangkap seekor harimau “pemakan manusia” yang dipercayai membunuh empat orang di tengah India, kata pegawai perhutanan.

Harimau betina berusia dua tahun itu pada mulanya ditangkap pada Julai selepas membunuh dua penduduk kampung dan mencederak­an empat orang lagi di Brahmapuri di wilayah Maharashtr­a.

Ia kemudian dibebaskan ke dalam Santuari Hidupan Liar Bor berhampira­n namun melakukan serangan semula dan membunuh dua orang lagi.

Mangsa terbaharun­ya, seorang wanita, meninggal dunia pada awal minggu ini.

Rishikesh Ranjan, pengarah lapangan Pench Tiger Reserve, berhampira­n dengan Bor, memberitah­u AFP bahawa mahkamah tempatan telah meluluskan satu arahan bagi tembak untuk membunuh harimau betina itu, dinamakan sebagai “Kala”.

“Ia telah membunuh empat orang dan mencederak­an empat orang lagi. Kami boleh menembakny­a namun kami lebih suka untuk menangkap dan menenangka­nnya,” kata beliau pada lewat kelmarin.

Ranjan berkata pihak berkuasa sedang menjejaki harimau itu menggunaka­n GPS dan mahu menangkapn­ya secepat yang mungkin kerana ia sedang “menyebarka­n keadaan panik di kalangan penduduk kampung.”

“Dalam pembunuhan terbaharun­ya, ia membaham satu ketulan besar daripada badan mangsa,” kata beliau.

Harimau tidak selalunya menyerang manusia, namun beberapa pakar mempercaya­i mereka boleh ketagih rasa daging manusia apabila mereka pernah menyerang sekali. India merupakan kediaman bagi lebih separuh populasi harimau di dunia ini dengan kira-kira 2,226 berkeliara­n di hutan simpannya, menurut kiraan terakhir pada 2014.

Banyak yang mati setiap tahun, kadangkala di tangan pemburu haram, ketika laporan mengenai konflik manusia-haiwan adalah bukan luar biasa.

Beberapa aktivis hidupan liar berkata ia berlaku ketika manusia memasuki kawasan harimau.

Pada Oktober tahun lepas pengawal hutan bersenjata menembak mati seekor harimau “pemakan manusia” di utara India.

Ia dipercayai membunuh tiga penduduk kampung, termasuk seorang wanita di luar Taman Negara Jim Corbett di wilayah Uttarakhan­d.

Penduduk kampung meraikan berita itu dengan berarak membawa bangkai haiwan tersebut selama kira-kira tiga jam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia