Utusan Borneo (Sarawak)

Penyerang ‘samurai’ Taiwan didakwa cuba membunuh

-

TAIPEI: Seorang lelaki yang menggunaka­n pedang samurai curi untuk menyerang seorang pengawal polis tentera di luar pejabat presiden Taiwan pada Ogos lepas telah didakwa dengan cubaan membunuh, kata pendakwa raya semalam.

Bersenjata­kan pedang dan membawa bendera negara China, Lu Chun-yi menetak pengawal, yang cuba menghalang dia memasuki bangunan tersebut, di bahagian leher, muka, dan tangan, sebelum ditangkap.

Lelaki berusia 51 tahun, yang ditahan sejak serangan 18 Ogos, telah menyatakan dia ingin mengibarka­n bendera China di dalam pejabat presiden, dan membawa nota tulisan tangan mengugut untuk “memancung kepala” Presiden Tsai Ing-wen.

Nota itu, ditemui di dalam beg sandangnya, turut menyuaraka­n kesanggupa­nnya untuk mati termasuk hara- pannya agar China bersatu dengan Taiwan tidak lama lagi, kata pendakwa raya.

Taiwan merupakan sebuah negara demokrasi pimpinan sendiri, namun Beijing masih lagi melihat pulau itu sebagai sebahagian daripada wilayahnya untuk disatukan semula walaupun kedua-dua pihak telah berpecah pada 1949 selepas perang sivil.

Hubungan dengan China merosot sejak Tsai memegang jawatan pada tahun lepas dan menolak untuk bersetuju dengan ketegasan Beijing bahawa Taiwan adalah sebahagian daripada “satu China”.

Pendakwa raya memohon hukuman penjara selama tujuh tahun untuk Lu, menyatakan dia tidak menunjukka­n perasaan kesal bagi tindakanny­a.

“Lu cuba menggambar­kan dirinya sebagai seorang pejuang yang membenarka­n atau menentukan tindakan jenayahnya,” kata pejabat pen- dakwa raya daerah Taipei.

Lu turut didakwa dengan lima kesalahan yang lebih ringan termasuk mencuri, kerana dia mencuri pedang samurai dari muzium sejarah tentera dengan memecahkan bekas pameran menggunaka­n tukul.

Pedang yang diukir dengan ayat-ayat “Perang Nanjing” dipercayai telah digunakan oleh anggota tentera Jepun semasa peperangan Nanjing pada 1937.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia