Utusan Borneo (Sarawak)

6 rakyat Tartar ditahan di Crimea disyaki ada kaitan keganasan

-

SIMFEROPOL: Enam rakyat Tartar kelmarin ditempatka­n dalam tahanan kerana disyaki mempunyai kaitan keganasan di Crimea, semenanjun­g Ukraine yang ditakluki oleh Moscow pada 2014, menurut peguamnya.

Suspek termasuk Marlen Assanov, pemilik restoran terkenal, yang dituduh “membentuk sebuah organisasi pengganas”, Edem Smedliayev memberitah­u AFP.

Dia berdepan dengan hukuman penjara selama 20 tahun, sekiranya disabitkan. Lima orang lagi mendapat sehingga 10 tahun.

Kebanyakan rakyat Tartar – puak minoriti etnik Islam di Crimea – secara umumnya membantah penaklukan oleh Rusia.

Smedliayev berkata kesemua lelaki itu ditahan pada Rabu lepas di Bakhchysar­ay. Mereka telah dibawa ke mahkamah kelmarin dalam keadaan tangan bergari dan beg menutupi kepala mereka.

Agensi perisikan FSB di Rusia berkata ia berjaya membubarka­n cabang sebuah kumpulan Islamis bernama Hizb ul-Tahrir di pekan itu dan melancarka­n siasatan terhadap enam orang.

Pasukan tentera Rusia telah mengambil tindakan keras terhadap penduduk Tartar di Crimea dan menahan beberapa orang atas tuduhan “keganasan.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia