Utusan Borneo (Sarawak)

WARGA EMAS MAUT KEMALANGAN

-

LIMBANG: Seorang penunggang motosikal warga emas meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Limbang selepas terlibat kemalangan di Jalan Tebabang di sini sekitar jam 7.30 pagi semalam.

Ketika kejadian, mangsa dikenali sebagai Lai Kim Fah berusia 70 tahun bersama cucunya Lai Wee Seng, 27, dalam perjalanan dari Bulatan Tebabang menuju Lapangan Terbang Limbang sebelum motosikaln­ya dipercayai hilang kawalan dan bertembung dengan sebuah kereta di laluan bertentang­an.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata, cucu mangsa cuma cedera ringan, manakala pemandu kereta, 55, juga penjawat awam tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan, masuk laluan bertentang­an sebelum bertembung kenderaan yang datang dari arah bertentang­an.

“Akibat kecederaan parah, mangsa meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Limbang,” kata Bukhori sambil menambah, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

 ??  ?? PARAH: Mangsa cedera parah disah meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Limbang.
PARAH: Mangsa cedera parah disah meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Limbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia