Utusan Borneo (Sarawak)

Pewaris DHL Express berdepan tuduhan dadah baharu di Palau

-

KOROR: Seorang pewaris kepada empayar DHL Express ditangkap sekali lagi di Palau bagi penglibata­n dalam pengedaran dadah, menurut pihak berkuasa di negara kepulauan Pasifik tersebut semalam.

Larry Hillbroom Jr., seorang jutawan yang memiliki pasport Amerika Syarikat (AS) dan Palau, ditangkap pada Selasa lepas kerana disyaki menjual metamfetam­in, kata Menteri Kehakiman Raynold Oilouch.

Menurut dokumen mahkamah, Hillbroom didakwa dengan dua tuduhan menyeludup sejenis bahan terkawal, satu kesalahan yang boleh membawa hukuman penjara selama 25-50 tahun di Palau.

Dia sedang menunggu perbicaraa­n bagi satu tuduhan penyeludup­an dadah berasingan.

Mahkamah Agung menetapkan ikan jamin sebanyak $250,000 yang tidak dijelaskan semalam, bermakna lelaki berusia 32 tahun itu masih berada dalam tahanan.

Hillbroom merupakan anak lelaki kepada pengasas DHL Larry Hillblom walaupun nama keluarga mereka telah dieja berlainan.

Dia merupakan salah seorang daripada empat anak luar nikah Hillblom yang berjaya menyaman untuk sebahagian daripada kekayaan ahli perniagaan bilionair itu selepas beliau maut dalam nahas pesawat pada 1995.

Pewarisan Hillbroom telah dianggarka­n berjumlah $100 juta, walaupun dia menyatakan pada awal tahun ini bahawa kesilapan pengurusan kewangan bermakna ia sekarang menjadi semakin berkuranga­n.

Biasanya menetap di AS, Hillbroom melawat Palau pada tahun lepas ketika dia diberkas kerana dikatakan mengatur bagi dua orang wanita untuk menyeludup metamfetam­in dari Manila ke Palau.

Dia melarikan diri dari tahanan selepas penangkapa­nnya namun ditangkap di sebuah pusat peranginan satu malam kemudian ketika polis menahan dia dari laut ketika dia cuba berenang meninggalk­an tempat tersebut.

Dakwaan terbaharu dikaitkan dengan dua pembelian dadah dikatakan telah dilakukan oleh seorang pemberi maklumat menyamar di hartanah Hillbroom pada April dan Mei.

Perbicaraa­n mahkamah dia yang seterusnya dijadualka­n pada 27 Oktober.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia