Utusan Borneo (Sarawak)

Keluarga Tunisia bakar bangunan susulan tragedi bot pendatang

-

TUNIS: Saudara mara kepada rakyat Tunisia yang lemas selepas bot pendatang bertembung dengan kapal tentera laut pada hujung minggu telah membakar bangunan kerajaan tempatan kelmarin sebagai bantahan, menurut pihak berkuasa dan kumpulan NGO.

Jurucakap kementeria­n dalam negeri Yasser Mesbah berkata kira-kira 40 rakyat Tunisia membakar bangunan di pekan tengah Souk Lahad dan cuba untuk membakar sebuah balai polis.

Polis telah melepaskan gas pemedih mata bagi meleraikan penunjuk perasaan, menurut beliau.

Sekurang-kurangnya lapan pendatang lemas pada Ahad lepas selepas bot mereka karam berikutan perlanggar­an dengan kapal tentera laut Tunisia di Mediterran­ean, sementara 38 lagi berjaya diselamatk­an.

Dalam temu bual televisyen pada petang kelmarin, Perdana Menteri Youssef Chahed menggambar­kan bot pendatang yang karam sebagai “satu bencana negara.”

Romdhane Ben Amor, daripada NGO Forum Tunisia untuk Hak Ekonomi dan Sosial berkata penunjuk perasaan adalah saudara mara dan rakan-rakan kepada tiga pendatang yang meninggal dunia dan beberapa orang yang hilang.

Menurut Ben Amor, penunjuk perasaan membakar bangunan bagi membantah terhadap “sikap kerajaan” yang menurut mereka sebagai tidak berterus-terang mengenai maklumat tentang orang tersayang mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia