Utusan Borneo (Sarawak)

IPTA harus bantu perkasa komuniti

-

KUCHING: Sayap Wanita Barisan Nasional ( BN) Sarawak berharap pucuk kepimpinan tertinggi BN, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dapat mempertimb­ang untuk menambah bilangan calon wanita pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14) kelak.

Timbalan Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ( PBB) Dato Sri Fatimah Abdullah memberitah­u, bilangan wakil wanita di Dewan Rakyat termasuk barisan kabinet menteri masih lagi kecil berbanding lelaki.

“Kalau boleh Perdana Menteri dapat mempertimb­angkan dari segi bilangan calon wanita yang boleh di ketengahka­n pada PRU14 nanti.

“Barisan Wanita BN berasa ia perlu diberi pertimbang­an kerana bilangan pengundi wanita lebih ramai, dari segi kelayakan pula ramai wanita mempunyai kelayakan dan bersemanga­t tinggi ingin menyumbang kepada negara. Itulah permintaan wanita BN,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaia­n hadiah pertanding­an tarian sempena Pesta Buku Borneo 2017 di Pusat BeliBelah Plaza Merdeka di sini, semalam.

Fatimah menambah, hasrat itu telah disuarakan pada pertemuan khas bersama Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC), Kuala Lumpur kelmarin yang mendapat reaksi positif daripada pemimpin tertinggi BN.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak itu berkata, beliau percaya bahawa Perdana Menteri akan mempertimb­angkan dan membuat keputusan terbaik demi kemenangan BN pada PRU14 nanti.

Mengulas lanjut tentang perjumpaan khas barisan Wanita BN bersama Perdana Menteri di Kuala Lumpur kelmarin, Fatimah menjelaska­n ia adalah peluang untuk menyuaraka­n pandangan bukan sahaja dari segi perspektif wanita parti, tetapi juga isu yang berkaitan dengan kawasan Parlimen.

“Saya mewakili Ketua Wanita PBB bersama ketua- ketua wanita dari setiap komponen parti BN dari Sabah dan negeri-negeri lain.

“Kita amat berterima kasih di atas peluang yang diberikan ini dan kita mendapati beliau (Najib) seorang yang sentiasa mendengar apa yang disuarakan dan mengambil serius pandangan dan isu rakyat yang dikongsika­n itu,” jelasnya.

Selain itu, katanya, pertemuan tersebut juga membincang­kan tentang kerjasama antara semua parti komponen BN dalam menghadapi PRU14 bagi memastikan kemenangan besar.

 ??  ??
 ??  ?? TAMBAH CALON WANITA: Fatimah ditemui pemberita selepas majlis penyampaia­n hadiah sempena Pesta Buku Borneo 2017 di Plaza Merdeka semalam.
TAMBAH CALON WANITA: Fatimah ditemui pemberita selepas majlis penyampaia­n hadiah sempena Pesta Buku Borneo 2017 di Plaza Merdeka semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia