Utusan Borneo (Sarawak)

Penjual telur diingatkan label telur dengan jelas

-

SIBU: Penjual telur diingatkan supaya melabel telur dengan jelas mengikut nilai gred telur itu kerana kegagalan berbuat demikian boleh mengundang kekeliruan kepada pengguna.

Ketua Cawangan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Sibu, Kasim Mana berkata memaparkan tanda harga sahaja tidak memadai.

“Peniaga telur dinasihatk­an upaya melabelkan telur mereka dengan jelas mengikut gred seperti AA, A, B dan C selain meletakkan tanda harga.

“Walaupun telur gred AA tidak diwartakan dalam skim tetapi tindakan tidak menandakan telur mengikut gred boleh mengeliruk­an pengguna.

“Oleh itu, adalah penting melabel telur dengan betul untuk memastikan pengguna lebih mengetahui gred telur,” katanya.

Kasim menambah, peniaga juga diingatkan menggunaka­n tag harga merah jambu untuk telur dengan gred A, B dan C seperti diwartakan di bawah skim membezakan tidak diwartakan.

“Kegagalan meletakkan tanda harga merah jambu menyebabka­n mereka diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 dikompaun sehingga RM5,000 kesalahan individu.

“Manakala bagi syarikat boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun RM10,000,” ujarnya.

Di bawah skim SKHMP Deepavali 2017, setiap telur ayam gred A diwartakan harga 39 sen sebiji, gred B 38 sen sebiji dan gred C pada harga 37 sen sebiji.

Sebanyak 16 jenis barangan diwartakan di bawah SKHMP Deepavali 2017 bermula 13 hingga 22 Oktober.

Menurut kenyataan, pegawai penguatkua­saan KPDNKK berada di lokasi- lokasi tumpuan orang ramai membeli- belah seperti pasar awam, pasar tani dan pasar raya menjalanka­n pemeriksaa­n dan pemantauan.

Ini tindakan berterusan dalam usaha melindungi pengguna daripada aktiviti pengambila­n keuntungan berlebihan oleh peniaga- peniaga tidak beretika semasa musim perayaan.

KPDNKK mendapatka­n kerjasama Friends of KPDNKK, Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA), Skuad Pengguna, penghulu dan ketua masyarakat membantu memantau dan memberi maklum balas mengenai pelaksanaa­n skim ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia