Utusan Borneo (Sarawak)

Juruterban­g maut, pembantu cedera

Pesawat ringan jenis GT500 Microlight terhempas di kawasan Sungai Mati, Muar

-

JASIN: Seorang juruterban­g maut manakala pembantuny­a cedera apabila pesawat ringan jenis GT500 Microlight yang mereka naiki terhempas di kawasan Sungai Mati, Muar, Johor pagi semalam.

Timbalan Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka, Kamaruzama­n Mohd Din berkata pesawat satu enjin itu berlepas dari Aerodrome Sungai Rambai di sini yang terletak kira-kira 200 meter dari tempat kejadian.

Beliau berkata mayat juruterban­g Yee Yoon Fah, 54, dihantar ke Hospital Tangkak manakala pembantuny­a Mohd Shahrul Shafiri, 35, yang cedera di muka dan badan dihantar ke Hospital Muar.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 11. 53 pagi daripada orang kampung dan sebanyak tiga jentera dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita. Pesawat itu didapati dalam keadaan terbalik di dalam sungai.

“Mangsa yang cedera ditemui berada di tebing sungai dan pihak bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluar mangsa yang meninggal dunia, dari badan pesawat, “kata Kamaruzama­n.

Sementara itu Pengerusi Aerodrome Sungai Rambai, Datuk Hassan Abd Rahman berkata beliau difahamkan bahawa kejadian berlaku ketika pesawat terbabit sedang melakukan ujian untuk mendapatka­n permit penerbanga­n Jabatan Penerbanga­n Awam.

“Operasi pusat tersebut ( Aerodrome Sungai Rambai) dihentikan segera se- hingga siasatan oleh pihak berkuasa selesai,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai.

Sementara itu Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata beliau telah mengarahka­n pihak terlibat untuk melakukan siasatan terperinci dan mengemukak­an laporan mengenai kejadian tersebut.

“Kita nak tahu sama ada mereka telah mematuhi peraturan keselamata­n sebelum memberi kebenaran kepada pesawat untuk berlepas.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 11. 53 pagi daripada orang kampung dan sebanyak tiga jentera dikejarkan ke lokasi kejadian. Kamaruzama­n Mohd Din Timbalan Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka

Kita nak tahu puncanya mungkin disebabkan kesilapan teknikal atau faktor lain seperti cuaca, komunikasi dan sebagainya.

“Apapun kita tunggu lapo- ran dahulu. Kita yakin pihak polis dan DCA ( Jabatan Penerbanga­n Awam) akan sediakan laporan terperinci mengenai kejadian ini,” katanya. — Bernama

 ??  ?? TAHNIAH: Elanis Rachel Ramond yang menerima Anugerah Khas Tertinggi Datuk Lee Kim Shin yang disampaika­n oleh Lee, sambil disaksikan oleh Ng (kiri) serta tetamu lain.
TAHNIAH: Elanis Rachel Ramond yang menerima Anugerah Khas Tertinggi Datuk Lee Kim Shin yang disampaika­n oleh Lee, sambil disaksikan oleh Ng (kiri) serta tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia