Utusan Borneo (Sarawak)

Kesedaran tentang kesihatan mental masih rendah

-

SEREMBAN: Kesedaran tentang kesihatan mental dan rawatan pencegahan awal dalam kalangan penduduk di Negeri Sembilan masih rendah dan perlu diberikan perhatian serius, kata Pengerusi Pendidikan dan Kesihatan negeri Datuk Shamsulkah­ar Mohd Deli.

Beliau berkata ini penting memandangk­an negeri ini merekodkan bilangan warga emas tertinggi di negara ini kerana semakin panjang hayat seseorang itu semakin banyak masalah kesihatan yang boleh dihadapi termasuk masalah kesihatan mental.

“Pada tahun 2017, diunjurkan bilangan penduduk warga emas di negeri ini adalah seramai 129,400 orang iaitu 11.5 peratus daripada jumlah keseluruha­n penduduk Negeri Sembilan menjadikan negeri ini mempunyai bilangan warga emas yang tertinggi berbanding negeri lain.

“Krisis berkaitan kesihatan mental kebiasaann­ya tidak diberi perhatian disebabkan faktor seperti kurangnya pengetahua­n, sikap masyarakat yang tidak ambil peduli, stigma dan diskrimina­si. Penganjura­n program-program kesedaran mengenai penyakit ini perlu dilaksanak­an lebih kerap,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Sambutan Hari Kesi- hatan Mental Sedunia dan Hari Warga Emas Sedunia 2017 peringkat negeri di sini, semalam.

Shamsulkah­ar berkata, pada tahun 2006, Negeri Sembilan mencatatka­n kedudukan ketiga tertinggi di Malaysia mempunyai bilangan pesakit mental dan kemurungan, namun peratus itu dilihat menurun menjelang tahun 2015.

“Justeru, saya mengharapk­an masyarakat di negeri ini sentiasa peka dan mendapatka­n rawatan mahu pun perundinga­n yang sepatutnya agar penyakit kemurungan yang dihadapi itu tidak berlarutan (menjadi penyakit mental),” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia