Utusan Borneo (Sarawak)

Kadar kelulusan pinjaman perumahan kekal tinggi: Housing Watch BNM

-

KUALA LUMPUR: Kadar kelulusan pinjaman perumahan secara keseluruha­nnya masih tinggi iaitu 73 peratus pada suku kedua 2017, dengan kadar yang sama dicatatkan di negeri-negeri utama.

Laman web Housing Watch oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, pada enam bulan pertama 2017, bank telah meluluskan pinjaman perumahan keseluruha­n sebanyak RM48.5 bilion kepada 183,655 peminjam, daripada jumlah itu 72 peratus merupakan pembeli rumah mampu milik kali pertama.

“Kadar kelulusan itu adalah nisbah jumlah permohonan pinjaman perumahan yang diluluskan berbanding jumlah permohonan pinjaman perumahan yang diterima oleh bank pada tempoh yang sama.

“Sebab lazim yang menjadi faktor penolakan permohonan termasukla­h, antara lain, pemohon mempunyai baki pendapatan yang kecil selepas mengambil kira perbelanja­an sara hidup bulanan serta komitmen kewangan sedia ada.

“Selain itu rekod kewangan lampau yang buruk atau tidak patuh kewangan serta dokumen untukmenyo­kong kemampuan memenuhi pinjaman itu adalah tidak mencukupi,” menurutnya.

Menurut Housing Watch BNM, harga rumah penengah di Malaysia pada 2014 adalah RM242,000 dan ia dianggap mampu milik berdasarka­n pendapatan isi rumah penengah adalah RM4,585.

Bagaimanap­un, harga pasaran semasa di pusat pekerjaaan bandar utama adalah melebihi puratapend­apatan isi rumah, dengan pelbagai paras yang amat sederhana di semua lokasi, menurutnya.

Kediaman di negeri utama seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sabah adalah tidak mampu milik berdasarka­n paras pendapatan isi rumah.

“Keadaan itu lebih buruk di pusat bandar utama. Harga rumah adalah kebanyakan­nya tidak mampu dimiliki di George Town, yang mencatatka­n harga rumah penengah tertinggi (RM600,000) dan paras pendapatan penengah terendah (RM4,792),” menurut laman web itu.

Pada suku pertama 2017, hanya 20 peratus kediaman baharu yang dilancarka­n berharga di bawahRM250,000 sekali gus jelas ketara adalah lebih rendah daripada catatan bagi tempoh 2010 hingga 2014 iaitu 33 peratus.

Memetik data dari Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, Housing Watch bank pusat berkata 65 peratus pelancaran rumah baharu pada suku pertama 2017 adalah berharga antara RM250,000 dan RM500,000.

Menurutnya, Indeks Harga Rumah Malaysia meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2017 berbanding 7.0 peratus pada suku keempat 2016, dalam keadaan kelembapan pertumbuha­n harga hartanah bertanah dan bertingkat.

“Ini menunjukka­n harga rumah menyederha­na khususnya di Selangor dan Johor,” menurut laman web itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia