Utusan Borneo (Sarawak)

Eksekutif bertanggun­gjawab kebocoran data: InfoWatch

-

KUALA LUMPUR: Kecuaian eksekutif, pentadbir IT, pekerja dan kakitangan yang memiliki akses kepada data sensitif dan sulit menyumbang kepada kes kebocoran data di Asia Tenggara.

Menurut Pegawai Pembanguna­n Perniagaan Antarabang­sa InfoWatch Group, Vladimir Shutemov, kajian Infowatch mendapati 56 peratus kes kebocoran disebabkan pelanggara­n dalaman sementara 44 peratus disebabkan serangan luaran dan oleh bekas pekerja.

Beliau berkata pengguna yang mendapat kebenaran menyebabka­n kebocoran kerana mereka berasa ‘tidak gembira’ dengan percubaan organisasi mereka mengawal komputer, laptop dan telefon bimbit mereka.

“Ia mendukacit­akan apabila melihat peratusan tinggi kebocoran berpunca daripada pengurus atasan dan pentadbir sistem yang digolong sebagai pengguna istimewa,” kata Shumetov yang juga Ketua Operasi Infowatch Asia Tenggara yang berpangkal­an di Kuala Lumpur, dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kebocoran dilaporkan oleh kerajaan, pertubuhan komersial dan bukan komersial di Asia Tenggara, Korea Selatan, India dan Bangladesh.

Jenis kebocoran data di Asia Tenggara, Korea Selatan, India dan Bangladesh, laporan menyebut data peribadi melibatkan kebocoran 77 peratus, butiran bayaran (15 peratus, rahsia perdaganga­n (5 peratus) dan rahsia negara (hampir 3 peratus).

Dalam kategori industri, katanya kajian yang dilakukan syarikat berpangkal­an di Rusia menunjukka­n 43 peratus kebocoran di rantau ini dihasilkan dari institusi awam termasuk kerajaan, ketenteraa­n dan agensi penguat kuasa, berbading 13 peratus di seluruh dunia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia