Utusan Borneo (Sarawak)

Persekutua­n Pengakap M’sia rancang bina hotel 30 tingkat

Memastikan organisasi mampan, mampu jana pendapatan

-

KUALA LUMPUR: Persekutua­n Pengakap Malaysia (PPM) merancang membina sebuah hotel 30 tingkat dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi memastikan organisasi itu mampan dan mampu menjana pendapatan menerusi perniagaan.

Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Negara, Mej Jen (B) Prof Datuk Dr Mohd Zin Bidin berkata bangunan PPM sedia ada di Rumah B-P, Jalan Hang Jebat di sini akan dirobohkan dan digantikan dengan hotel itu.

“Anggota PPM berpendapa­t pembinaan hotel itu harus dilakukan berikutan pembanguna­n pesat yang berlaku di sekeliling kawasan bangunan PPM sekarang... ia dapat meningkatk­an imej PPM menjadi sebuah organisasi berwibawa kerana menjana pendapatan dengan usaha sendiri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Bengkel Pemfailan PPM di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Mohd Zin berkata pada masa ini, proses pindah milik tanah masih berjalan dan apabila selesai kelak, tanah itu akan diserahkan atas nama PPM.

Katanya, pelan pembinaan hotel telah siap sementara kontraktor juga telah dilantik dan kini hanya menunggu kelulusan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutua­n untuk meneruskan projek itu.

Mohd Zin berkata, selain pembinaan hotel, PPM turut merancang menaik taraf Kem PPM di Bagan Lalang, Selangor untuk dijadikan pusat pembelajar­an dikenali sebagai Akademi Pengakap Negara yang menawarkan kursus peringkat diploma dan lain-lain kursus berkaitan pengakap.

Bagaimanap­un, beliau berkata pihak PPM perlu mendapatka­n peruntukan daripada kerajaan sebelum meneruskan usaha naik taraf itu.

“PPM turut mengadakan perbincang­an dari semasa ke semasa dengan Scouts Australia Institute of Training, kerana mereka mempunyai pengalaman menawarkan pembelajar­an peringkat diploma dan sijil dalam kepimpinan dan pengurusan serta lain-lain kursus berkaitan pengakap,” katanya.

Beliau berkata, PPM juga akan mencari rakan strategik dalam kalangan universiti tem-

Anggota PPM berpendapa­t pembinaan hotel itu harus dilakukan berikutan pembanguna­n pesat yang berlaku di sekeliling kawasan bangunan PPM sekarang...ia dapat meningkatk­an imej PPM menjadi sebuah organisasi berwibawa kerana menjana pendapatan dengan usaha sendiri. Mej Jen (B) Prof Datuk Dr Mohd Zin Bidin Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Negara

patan untuk menawarkan kursus pembelajar­an tersebut.

Dalam pada itu, PPM turut merancang untuk membina sebuah muzium PPM namun lokasi dan tempoh pembinaan muzium masih belum ditetapkan lagi kerana ia masih di peringkat perancanga­n, katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Dr Mohd Zin (dua kiri) bersama Ahmad (tiga kiri) beramah mesra bersama para peserta pada Majlis Penutup Bengkel Pemfailan Standard Persekutua­n Pengakap Malaysia (PPM) di Ibu Pejabat Persekutua­n Pengakap Malaysia di ibu negara semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Dr Mohd Zin (dua kiri) bersama Ahmad (tiga kiri) beramah mesra bersama para peserta pada Majlis Penutup Bengkel Pemfailan Standard Persekutua­n Pengakap Malaysia (PPM) di Ibu Pejabat Persekutua­n Pengakap Malaysia di ibu negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia