Utusan Borneo (Sarawak)

50 peratus pusat tahfiz di Malaysia tidak selamat

Perlu penambahba­ikan dan alat keselamata­n kebakaran

-

KUALA NERANG: Polis menahan dua beradik dipercayai terlibat dalam beberapa kes pecah rumah di sekitar daerah Padang Terap dan Kota Setar dalam operasi dijalankan di sebuah kampung di Mukim Kurong Hitam, di sini, pada 5 Okt lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Nerang DSP Noh Idris berkata, suspek berumur 38 dan 39 tahun itu ditahan dalam serbuan di rumah suspek pada kira-kira jam 4.30 pagi.

“Polis menemukan pelbagai barangan seperti seunit pam air, seunit mesin pemotong rumput, empat unit tong gas, seunit komputer riba, satu set teater rumah dan decoder Astro di rumah suspek yang kesemuanya bernilai lebih RM10,000.

Kesemua barangan itu dilaporkan hilang di sekitar Kuala Nerang dan Langgar,” katanya pada sidang media di sini, semalam. Katanya, ujian urin mendapati kedua-dua suspek negatif dadah dan menurutnya barangan curi itu untuk dijual kepada individu tertentu.

Noh berkata polis turut memberkas seorang pembekal (tokan) dadah berumur 49 tahun di Jalan Kampung Sungai Siput, Naka kirakira jam 11.30 pagi kerana dipercayai mengedar dadah di sekitar FELDA Lubuk Merbau, di sini pada 10 Okt lalu.

Hasil pemeriksaa­n di dalam beg pinggang dipakai lelaki itu, polis menemukan empat peket berisi serbuk dan ketulan disyaki dadah heroin seberat 153.82 gram dan empat paket berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki syabu seberat 68.44 gram, katanya.

Katanya, suspek yang dikenali dengan nama panggilan ‘ Tupai’ mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan dadah dan kes curi kenderaan dan ujian urin mendapati dia positif dadah morfin.

“Suspek juga dipercayai perancang utama dalam kes menculik seorang kanakkanak dan mencuri kenderaan di sebuah stesen minyak d Tanah Merah, Jitra pada 3 Okt lalu,” katanya.

Suspek direman tujuh hari bermula 11 Okt dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan, katanya. — Bernama KUANTAN: Sebanyak 50 peratus daripada 956 buah pusat tahfiz yang diperiksa oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di seluruh negara sejak bulan lalu didapati dalam keadaan tidak selamat.

Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, kesemua pusat itu perlu mengambil tindakan penambahba­ikan termasuk menyediaka­n alat keselamata­n kebakaran sekiranya perkara tidak diingini berlaku.

“Kesalahan paling banyak dikesan ialah tidak mempunyai peralatan kebakaran dan hasil pemeriksaa­n sebanyak 291 notis telah dikeluarka­n sehingga 13 Okt

“Selain itu antara kesalahan lain yang turut perlu diambil perhatian oleh pihak terbabit ialah menyediaka­n laluan keluar yang mencukupi dan boleh keluar dengan selamat jika berlaku kebakaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada majlis perasmian Kempen Keselamata­n Kebakaran dan Pameran Inovasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di ruang legar Berjaya Megamall semalam.

Wan Mohd Nor berkata, selain itu pusat pengurusan tahfiz perlu memberikan penekanan terhadap elemen amaran kebakaran seperti alat pengesan dan penggera kebakaran untuk keselamata­n penghuni.

“Pihak bomba sedang men-

Kesalahan paling banyak dikesan ialah tidak mempunyai peralatan kebakaran dan hasil pemeriksaa­n sebanyak 291 notis telah dikeluarka­n sehingga 13 Okt. Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia

gumpul data berkaitan sebelum hasilnya bakal dibentangk­an kepada kerajaan nanti.

“Kita juga memberi tem- poh yang bersesuaia­n kepada mana-mana pusat yang beroperasi dalam keadaan tidak selamat untuk menambah baik aspek keselamata­n di bangunan mereka.

“Jika masih berdegil, mereka boleh dikenakan tindakan mengikut undang- undang dengan peruntukan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua- duanya sekali,” katanya.

Beliau turut berharap agar semua pusat tahfiz yang beroperasi memberi kerjasama yang baik bagi mengelak kejadian tidak diingini daripada berulang akibat pengabaian terhadap aspek keselamata­n di premis masing-masing. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DENGAR: Wan Mohd Nor (dua kiri) mendengar penerangan daripada Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat Melaka Rahizam Ruzali (kiri) mengenai inovasi tangga pelbagai guna hasil ilham pasukannya pada perasmian Kempen Keselamata­n Kebakaran dan Pameran...
— Gambar Bernama DENGAR: Wan Mohd Nor (dua kiri) mendengar penerangan daripada Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat Melaka Rahizam Ruzali (kiri) mengenai inovasi tangga pelbagai guna hasil ilham pasukannya pada perasmian Kempen Keselamata­n Kebakaran dan Pameran...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia