Utusan Borneo (Sarawak)

Kebenaran dan mitos tentang kanser

- Oleh Rachel Lau

APABILA kita mendengar perkataan ‘kanser’, kebanyakan kita akan segera menggambar­kan penyakit itu di dalam fikiran kita seperti apa yang digembar-gemburkan oleh Hollywood di mana pesakit kanser hampir tidak pernah selamat daripada penyakit itu kerana ia lebih umpama hukuman mati berbanding diagnosis.

Kita bayangkan penyakit itu sebagai amat agresif, yang merebak dengan cepat dalam badan mangsa manakala rawatan kemoterapi dan radioterap­i yang menyakitka­n melemahkan pesakit tatkala mereka berusaha untuk mengekang kanser itu.

Ia sama sekali bukan adegan yang indah, tetapi ia adalah adegan yang kebanyakan kita biasa lihat dalam banyak siri drama dan filem popular mengenai penyakit itu.

Bagaimanap­un, hakikatnya ialah penyakit itu sebenarnya bukan hukuman mati yang menakutkan seperti apa yang kita bayangkan kerana statistik dari Persatuan Kanser Amerika (ACS) menunjukka­n kebanyakan kanser pada peringkat awal boleh diubati manakala kadar kelangsung­an hidup (survival rate) dalam tempoh lima tahun bagi beberapa jenis kanser seperti payudara, prostat dan tiroid kini melebihi 90 peratus.

Pada keseluruha­nnya, kadar kelangsung­an hidup dalam tempoh lima tahun bagi gabungan semua jenis kanser sekarang adalah kira-kira 66 peratus di Amerika Syarikat.

Dari segi rawatan, senario seorang pesakit yang kelihatan uzur dan sakit sebenarnya bukan kelaziman kerana rawatan kanser sudah begitu maju sejak beberapa tahun yang lalu untuk membantu meningkatk­an kadar kelangsung­an hidup dan memperbaik­i kualiti hidup pesakit kanser.

Sebenarnya, terdapat kirakira 100,000 orang di Malaysia pada setiap waktu yang menghidap kanser – yang bermakna sekurang-kurangnya seorang daripada dua orang rakan Facebook anda yang kelihatan sihat kemungkina­n besar adalah pesakit kanser.

Gambaran kanser yang lebih lembut dan lebih tepat ini tidak begitu berleluasa dalam masyarakat kita tetapi persatuan dan profesiona­l penjagaan kesihatan di seluruh negara seperti Persatuan Onkologi Malaysia ( MOS) berazam untuk mengubah keadaan ini kerana mereka percaya bahawa ketakutan kita terhadap kanser telah memberi banyak lebih kesedihan kepada kita berbanding manfaat.

Ia melakukan ini dengan membuatkan kebanyakan kita rasa begitu takut sehinggaka­n kita lebih suka hidup dengan penafian mengenai penyakit yang berpotensi ini – yang membawa kepada kadar diagnosis lewat dan malah penolakan rawatan yang semakin meningkat kerana ada yang lebih takut kepada kesan sampingan yang ditanggapi daripada rawatan berbanding kepada penyakit itu sendiri.

Ia tidak boleh diragui bahawa masyarakat kita ada fobia kepada kanser dan untuk mengatasi fobia itu, Dr Winnie Ling, seorang pakar onkologi perubatan di Pusat Pakar Perubatan Normah dan ahli MOS, akan membimbing kita tentang beberapa kebenaran dan mitos biasa mengenai kanser.

Menurut Dr Ling, langkah paling penting dalam usaha memerangi kanser adalah untuk mula- mula memahami apa sebenarnya kanser, kerana seperti apa yang disebut oleh pakar perang dari China, Sun Tze, “Jika kita mengenali musuh kita dan mengenali diri kita sendiri, kita akan memenangi seratus pertempura­n; jika kita tidak mengenali musuh kita atau diri kita sendiri, kita akan berada dalam bahaya dalam setiap pertempura­n.”

Kanser adalah sekumpulan besar penyakit yang dicorakkan oleh pertumbuha­n yang tidak dapat dikawal serta penularan sel-sel luar biasa yang dipanggil sel-sel kanser.

“Biasanya sel- sel dalam badan kita akan perlahanla­han diganti menerusi pembahagia­n sel dan ia akan berhenti berbahagi apabila cukup banyak sel sudah diganti.

“Sel kanser berbeza kerana ia tidak tahu bila untuk berhenti berbahagi, menyebabka­nnya ia untuk bertumbuh menjadi gumpalan sel dipanggil tumor yang mempunyai potensi untuk menyerang tisu lain.

“Ia berkelakua­n seperti ini disebabkan oleh beberapa perubahan dalam urutan DNA gen penting, yang turut dikenali sebagai gen kanser,” jelas Dr Ling.

Perubahan atau mutasi dalam gen kanser ini dapat sama ada diwarisi menerusi mutasi ‘germline’ yang berlaku dalam sel-sel pembiakan seksual atau disebabkan oleh mutasi somatik yang boleh berlaku kepada mana-mana sel kita sewaktu jangka hayat kita.

Mutasi ‘ germline’ dapat diwarisi dan boleh menyebabka­n sindrom kanser keluarga seperti sindrom kanser payudara-ovari di mana individuin­dividu dengan gen BRCA mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menghidap kanser payudara dan ovari.

Sebaliknya, mutasi somatik yang jauh lebih lazim bagi semua jenis kanser berlaku dalam tisu bukan ‘germline’ dan tidak dapat diwarisi. Tetapi apakah yang menyebabka­n mutasi dalam gen kita berlaku?

Dr Ling menjelaska­n, terdapat beberapa faktor yang dipercayai menyumbang kepada perkara ini seperti merokok dan pengambila­n arak, pemakanan tidak seimbang, jangkitan kronik, dan hormon.

“Risiko individu mendapat kanser meningkat dengan usia tetapi selain itu, faktor persekitar­an seperti merokok, pengambila­n arak dan obesiti juga didapati ada kaitan dengan kadar kanser yang lebih tinggi. Beberapa kanser juga ada kaitan dengan ketidaksei­mbangan hormon dan jangkitan kronik seperti ‘Human Papillomav­irus’ (HPV), ‘Hepatitis B’ (HBV) dan ‘Hepatitis C’ (HCV).

“Semua ini faktor- faktor penting untuk disedari kerana ia adalah perkara yang kita dapat buat untuk mengurangk­an risiko kanser – seperti mengelak daripada merokok dan pengambila­n arak dan pada waktu yang sama memelihara gaya hidup sihat dengan pemakanan seimbang dan senaman yang kerap,” katanya.

Untuk mengukuhka­n lagi ketahanan kita untuk melawan kanser, Dr Ling berkata kita juga harus sedar tentang beberapa simptom kanser yang umum.

Simptom kanser yang umum adalah: sebarang perubahan dalam tabiat usus (buang air besar) atau pundi kencing; pelepasan cecair atau pendarahan aneh; ketulan yang membesar; kudis yang tidak sembuh; perubahan nyata pada ketuat dan tahi lalat; masalah penghadama­n; batuk yang tidak henti-henti atau kegarauan suara; kesakitan dan sakit sendi yang berterusan; serta tidak berselera dan kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan.

“Umumnya, jika ada apaapa yang luar daripada kebiasaan bagi jangka waktu yang lama, saya syorkan anda berjumpa dengan doktor kerana walaupun ia bukan kanser, ia mungkin penyakit lain,” kata Dr Ling. Kanser di Sarawak

Melihat kepada senario kanser di Sarawak, lima jenis kanser utama yang paling biasa dilihat adalah payudara, kolorektal (usus), paru-paru, ‘nasopharyn­geal’ (NPC) dan serviks.

Pada keseluruha­nnya, perangkaan ini mencermink­an lima kanser utama yang didapati di Malaysia dan unit radioterap­i (RTU) di Hospital Umum Sarawak (HUS) turut menyaksika­n peningkata­n yang perlahan-lahan dalam jumlah keseluruha­n kes kanser baharu sejak 2003.

Sementara peningkata­n kes kanser baharu mungkin kelihatan membimbang­kan, Dr Ling menjelaska­n ia mungkin juga petanda yang baik kerana ia mungkin menunjukka­n kesedaran yang semakin tinggi mengenai kanser dan simptomnya di kalangan masyarakat tempatan di seluruh negeri ini – yang menghasilk­an penampilan awal dan diagnosis kanser yang lebih tinggi.

Walau bagaimanap­un Dr Ling berkata tahap kesedaran mengenai kanser sekarang masih tidak mencukupi kerana ia dianggarka­n bahawa satu pertiga daripada semua kes kanser baharu yang sebenar masih tidak didokumenk­an. Menghapusk­an Mitos Mengenai Kanser

Mitos 1: Kanser hanya untuk golongan tua sahaja atau mereka yang mempunyai sejarah kanser dalam keluarga.

Untuk menangani isu tahap kesedaran yang rendah ini, Dr Ling percaya salah satu cara paling berkesan adalah dengan menangani beberapa mitos penting mengenai kanser yang tebal dalam masyarakat tempatan.

“Sebagai permulaan, terdapat banyak tanggapan yang salah mengenai orang yang dapat menghidap kanser. Ramai orang fikir bahawa kanser berlaku hanya kepada golongan tua sahaja tetapi itu tidak benar kerana golongan muda juga menghidapn­ya.

“Sementara faktor risiko terbesar bagi kanser adalah usia, penyakit itu tidak terbatas kepada mana- mana kumpulan usia,” katanya.

Selain usia, Dr Ling menegaskan ia adalah penting untuk tidak menolak kemungkina­n bagi kanser dalam mana-mana kumpulan usia kerana penyakit itu berpotensi untuk berlaku dalam sesiapa sahaja – termasuk mereka yang mungkin tidak ada sejarah kanser dalam keluarga mereka.

“Kebanyakan kanser tidak diwarisi, hanya kira-kira 10 peratus daripada semua jenis kanser diwarisi manakala 85 hingga 90 peratus pesakit kanser didapati tidak mempunyai sejarah kanser dalam keluarga.

“Hanya kerana kita tidak ada sejarah kanser dalam keluarga bukan bermakna anda tidak akan mendapat kanser.

“Pada waktu yang sama, tidak semua orang dengan sejarah kanser dan gen kanser dalam keluarga akan meng- hidap kanser, jadi tolonglah jangan panik,” ujarnya.

Selain itu, Dr Ling turut memberi jaminan bahawa kanser bukan penyakit berjangkit.

“Sementara beberapa virus seperti HPV, HBV dan HCV dapat meningkatk­an risiko kanser tertentu, kanser sendiri tidak berjangkit. Jadi orang tidak harus bimbang akan menghidap kanser dari orang tersayang yang didiagnos dengan kanser.”

Mitos 2: Kemoterapi dan radioterap­i adalah lebih teruk lagi daripada kanser

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, masyarakat kita takut kepada kanser dan sebahagian besar ketakutan itu berpunca daripada banyak tanggapan salah berhubung rawatan kanser.

Kebanyakan kita membayangk­an pesakit kanser sebagai terlalu lemah untuk meneruskan kehidupan harian mereka kerana kesan sampingan daripada rawatan mereka, tetapi Dr Ling menegaskan bahawa ini adalah satu tanggapan yang amat salah.

“Kebanyakan orang yang menghidap kanser dirawat sebagai pesakit luar dan kebanyakan mereka dapat meneruskan hampir kesemua aktiviti harian mereka, jika tidak kesemuanya. Mereka dapat bekerja, menjaga anakanak mereka, dan menyertai aktiviti sosial ketika mereka menjalani rawatan kanser.

“Dan ini adalah hasil segala kemajuan yang kita sudah capai dalam setiap bidang rawatan kanser sejak 30 hingga 40 tahun yang lalu,” kata Dr Ling.

Menurutnya, kemajuan ini bukan sahaja telah meningkatk­an kadar kelangsung­an hidup bagi kebanyakan kanser tetapi juga membolehka­n perancanga­n dibuat bagi rawatan kanser peribadi untuk pesakit bergantung kepada jenis, subset dan peringkat kanser yang mereka hidapi, dan pada waktu yang sama memelihara kualiti hidup mereka sewaktu menjalani rawatan. “Saya banyak kali mendengar pesakit memberitah­u saya ‘ia tidak seteruk yang saya sangkakan’ dan itulah apa yang kami (MOS) mahu capai den g a n kempen k e s e - daran ini.

“Kami harap kami dapat menghapusk­an beberapa kebimbanga­n yang orang ada mengenai kanser dan rawatannya supaya mereka boleh mendapatka­n rawatan baik yang mereka perlukan, dan meneruskan kehidupan mereka,” tambahnya.

Dr Ling berkata beliau juga menggalakk­an warga emas yang didapati menghidap kanser untuk mendapatka­n nasihat perubatan berhubung pilihan bagi rawatan kanser.

“Sementara pesakit kanser yang lanjut usia mungkin ada penyakit kronik lain yang mengiringi­nya dan mungkin membataska­n pilihan rawatan mereka, usia semata- mata bukan petunjuk kontra bagi rawatan.

“Kami menggalakk­an mereka untuk datang dan mendapatka­n rawatan perubatan yang baik supaya kami dapat menasihatk­an mereka dengan lebih baik berhubung pelan penjagaan dan pilihan mereka yang sewajarnya,” katanya.

Mitos 3: Kanser ada penawar ‘ajaib’ .

Bagi mitos yang terakhir, Dr Ling berkata salah satu mitos mengenai kanser yang paling memudaratk­an namun berleluasa dalam masyarakat kita ialah kepercayaa­n bahawa kanser dapat diubati dengan makanan ajaib, suplemen atau malah objek.

Idea- idea ini diiklankan dengan meluas oleh video atau artikel dalam talian di mana orang berkongsi cerita peribadi tentang bagaimana penawar ‘ajaib’ telah membantu mereka menewaskan kanser.

Bagaimanap­un, bukti tidak ada untuk menyokong dakwaan yang hebat ini, dan hakikat yang menyedihka­n ialah rawatan yang betul selalunya ditangguhk­an dan penawar dielak oleh dakwaan yang mengeliruk­an ini dan sering juga menyebabka­n pesakit dan keluarga mereka kerugian ribuan ringgit dan akhirnya kehilangan nyawa.

Satu contoh bagi apa yang dipanggil penawar ajaib ini adalah kepercayaa­n bahawa sekatan gula akan membantu mencegah atau menghentik­an kanser.

“Semua sel kita, sama ada kanser ataupun bukan, akan menggunaka­n glukos untuk tenaga dan oleh kerana sel kanser biasanya berkembang pada kadar yang lebih cepat berbanding sel- sel sihat, terdapat dakwaan bahawa gula menyebabka­n sel kanser semakin menjadi.

“Bagaimanap­un, tiada bukti saintifik yang menunjukka­n gula meningkatk­an atau menyebabka­n pertumbuha­n kanser. Terlalu banyak gula akan menyebabka­n kegemukan yang tidak meningkatk­an risiko kanser, tetapi itu sama sekali tidak menyatakan bahawa makanan bergula khususnya menyebabka­n sel kanser semakin menjadi.

“Sebaliknya ia disyorkan agar pemakanan sihat yang seimbang dan senaman yang kerap harus diberi tumpuan untuk mengurangk­an risiko menghidap kanser,” katanya. Percaya kepada data terbukti

Dr Ling berharap orang ramai akan menaruh kepercayaa­n yang lebih kepada golongan profesiona­l penjagaan kesihatan berbanding kepada artikel dalam internet kerana menurutnya ia amat penting bagi orang untuk bukan sahaja percaya kepada data yang diterbitka­n dari ujian klinikal makmal yang ketat dari segi saintifik dan diteliti oleh doktor lain kerana ini membolehka­n penyelidik untuk membuktika­n bahawa rawatan kanser yang berpotensi adalah selamat dan berkesan.

“Ia juga membolehka­n doktor di seluruh dunia untuk menilai dengan sendiri dan menggunaka­nnya untuk manfaat pesakit mereka,” ujarnya. Mesej Untuk Dibawa Pulang: Kesedaran

Walaupun artikel ini hanya menyampaik­an gambaran keseluruha­n yang umum mengenai kanser, Dr Ling berharap ia dapat bertindak sebagai saluran untuk membantu rakyat Sarawak lebih faham tentang kanser dan memulakan perbincang­an. “Kesedaran mengenai kanser a d a l a h k u n c i kerana pengesanan awal, diagnosis dan rawatan sesuai yang tepat pada waktunya mencerahka­n lagi peluang untuk pulih daripada kanser,” katanya. Mengenai Dr Winnie Ling, Pakar Onkologi Perubatan, Pusat Pakar Normah

Selepas beliau menamatkan latihan doktor di Adelaide, South Australia, Dr Ling kembali ke Malaysia di mana tugasan pertamanya sebagai seorang pegawai perubatan adalah di unit Radioterap­i dan Onkologi (RTU) di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Diletakkan dalam persekitar­an baharu yang begitu kekurangan kakitangan ketika itu, Dr Ling ingat bahawa beliau pada mulanya tertekan dengan seluruh pengalaman itu dan rasa kurang upaya sama sekali.

Bagaimanap­un, beliau enggan berputus asa dalam tanggungja­wab baharunya, dan meneruskan usaha dan pada hujung tugasannya, beliau mendapati dirinya begitu tersentuh dengan pengalaman­nya di RTU sehinggaka­n beliau membuat keputusan untuk menghabisk­an tempoh sedekad seterusnya dalam hidupnya untuk mendapatka­n latihan dan melengkapk­an diri sebagai seorang pakar onkologi.

Seorang penyokong pendekatan yang lebih holistik kepada perubatan, Dr Ling percaya bidang onkologi bukan hanya merawat kanser, sebaliknya ia adalah mengenai merawat dan menyokong pesakit kanser dan juga keluarga mereka.

“Saya rasa ia adalah satu keistimewa­an yang besar bagi kami pakar onkologi untuk berjalan bersama pesakit kami dan keluarga mereka ketika mereka menempuh waktu yang mencabar dalam hidup mereka,” katanya.

Pada 2013, setahun selepas beliau menamatkan latihan onkologi perubatan di Singapura, Dr Ling kembali ke RTU di mana beliau bermula dahulu. Sejak itu, beliau terus berkhidmat sebagai pakar onkologi di Sarawak.

 ??  ?? Dr Winnie Ling, Pakar Onkologi Perubatan di Pusat Pakar Normah
Dr Winnie Ling, Pakar Onkologi Perubatan di Pusat Pakar Normah
 ??  ?? Lima kanser utama di Sarawak
Lima kanser utama di Sarawak
 ??  ?? Fakta dan perangkaan di Malaysia. Source: Getdoc.co
Fakta dan perangkaan di Malaysia. Source: Getdoc.co
 ??  ?? Faktorfakt­or yang dipercayai menyumbang kepada peningkata­n kadar kanser.
Faktorfakt­or yang dipercayai menyumbang kepada peningkata­n kadar kanser.
 ??  ?? Statistik bagi kes kanser baharu di RTU HUS dari 2003 hingga 2015.
Statistik bagi kes kanser baharu di RTU HUS dari 2003 hingga 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia