Utusan Borneo (Sarawak)

FINA: Pandelela ikrar lakukan terbaik

-

BINTULU: Atlet terjun negara, Pandelela Rinong cuba melakukan sebaiknya menghadapi saingan Kejohanan Terjun Grand Prix Persekutua­n Renang Antarabang­sa (FINA) 2017.

Kejohanan itu bakal berlangsun­g di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 26 hingga 29 Oktober ini.

“Sekarang ini, saya berlatih seperti biasa dan berharap saya mampu melakukan yang terbaik pada pertanding­an tersebut,” katanya ditemui ketika menyertai Aerobik Perdana bersama warga Bintulu sempena Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Sarawak 2017 di sini kelmarin.

Katanya, ada dua minggu lagi sebelum saingan bermula untuk acara sukan terjun tersebut.

“Saya sangat gembira kerana dapat menyertai warga Bintulu memeriahka­n Hari Sukan Negara di sini. Saya bersemanga­t menyertain­ya, seronok dan warga Bintulu turut menyukai aktiviti seperti ini,” jelasnya.

Pandelela merupakan pemenang pingat emas Sukan SEA ke- 29 Kuala Lumpur menerusi acara 10 meter platform individu wanita di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil dan merupakan pemenang perak Sukan Olimpik Rio 2016.

Dalam pada itu, seorang lagi atlet kelahiran Sarawak, Loh Jack Chang, 30, merupa- kan atlet menyerlah dalam sukan wushu serta kerap menyertai pelbagai kejohanan dunia sukan itu.

“Saya baharu balik dari beberapa kejohanan wushu dan sekarang merehatkan diri sebelum menghadapi acara besar akan datang.

“Pe r - as a a n saya ser on o k menye r t a i ak t i v i t i ini sebab jarang ada peluang macam ini bersenam beramai-ramai,” katanya. Loh berasal dari Miri merupakan Olahragawa­n Sarawak 2015/ 2016 serta pemenang dua pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. Beliau pernah memenangi satu emas dan satu gangsa kejohanan dunia di Jakarta pada 2015, memenangi satu emas dan satu perak di Sukan SEA 2015 Singapura serta meraih dua emas kejohanan Asia dan dua perak Kejohanan Dunia pada 2016. Kedua- dua atlet itu dibawa ke Bintulu sebagai inspirasi dan suntikan se m a n g a t penduduk setempat dan luar Bintulu terlibat pelbagai acara sukan sempena HSN Pe r i n g k a t Negeri kelmarin.

 ??  ?? PANDELELA
PANDELELA
 ??  ?? LOH
LOH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia