Utusan Borneo (Sarawak)

Pembanguna­n bola sepak perlu pendekatan lahirkan ikon-ikon

-

BINTULU: Pembanguna­n bola sepak negeri ini perlu pendekatan melahirkan ikonikon bola sepak seperti era kegemilang­an skuad Ngap Sayot dan Bujang Senang satu ketika dahulu.

Menteri Utiliti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata membangun standard bola sepak di Sarawak perlu menarik minat dahulu seterusnya mencipta ikon kerana ikon merupakan tarikan kepada orang ramai terus menyukai sukan tersebut.

“Ia bukan sekadar bola sepak sebagai tarikannya tetapi anda sebagai pemainpema­in,” katanya pada penutupan Kejohanan Bola Sepak Luar Bandar Bahagian Bintulu Piala Menteri Utiliti di sini malam kelmarin.

Turut hadir Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan, Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing, Ahli Dewan

Undangan Negeri (ADUN) Samalaju Majang Renggi, Presiden Persatuan Bola Sepak Bintulu (BiFA) merangkap Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) Duke Janteng, Temenggung Datuk Barry Yek dan Pemanca Datuk Dr Francis Toh.

Katanya, usaha mencipta ikon-ikon ini kelihatan cuba dilakukan oleh BiFA yang mencungkil bakat-bakat baharu dari luar bandar dalam sukan ini.

“Dalam mencungkil bakatbakat pemain bola sepak bukan setakat itu sahaja tetapi mereka perlu diasah sehingga menjadi pemain-pemain berpotensi untuk menyerlah dan berjaya,” katanya sambil mengucapka­n tahniah kepada pasukan wanita Bintulu muncul juara Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) wanita peringkat kebangsaan tahun ini.

Katanya, kejayaan sesebuah pasukan juga adalah hasil kerjasama dan semangat berpasukan pemain-pemain.

“Semua orang boleh bermain bola sepak tetapi membezakan­nya adalah kemahiran seseorang itu menyerlahk­an permainan dan kecemerlan- gannya.

“Satu ketika dahulu ramai pemain menyerlah di negeri ini berbanding masa sekarang, justeru ini menuntut lebih ramai pemain dari luar bandar diketengah dan diasah menjadi pemain berkaliber,” katanya sambil menggesa agar perkara tersebut diambil serius oleh semua pihak.

Menurutnya, ketika mencari juara belum ada pemain baharu dalam bola sepak boleh diteladani seperti ikon sukan lain kita melahirkan atlet terjun kebanggaan negara, Pandelela Rinong tetapi kita masih memerlukan lebih ramai pelapisnya bukan hanya pengikut.

Beliau berkata, setiap persatuan bola sepak perlu memikirkan cara mencungkil dan membina pemain-pemain menyerlah dalam melahirkan sebuah pasukan juara.

“Ini hanya permulaan untuk pemain-pemain dari luar bandar berkembang, mereka perlu terus diasah dan prestasi mereka perlu dipertingk­atkan dari semasa ke semasa,” katanya.

 ??  ?? RASMI: Dr Rundi (dua kanan) membuka kain penutup piala pusingan simbolik perasmian penutupan Kejohanan Bola Sepak Luar Bandar Bahagian Bintulu malam kelmarin.
RASMI: Dr Rundi (dua kanan) membuka kain penutup piala pusingan simbolik perasmian penutupan Kejohanan Bola Sepak Luar Bandar Bahagian Bintulu malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia