Utusan Borneo (Sarawak)

Kontrak hadapan emas diniaga lebih tinggi

-

KUALA LUMPUR: Kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka diniaga lebih tinggi minggu ini berikutan permintaan cergas untuk logam berharga berkenaan sebagai aset selamat, kata peniaga.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Ong Su Ling berkata, permintaan dalam kalangan penduduk India dijangka meningkat semasa musim perayaan Deepavali.

“Kerajaan India telah menarik balik arahan yang meletakkan industri itu berada di bawah undang- undang antipengub­ahan wang haram, menjadikan­nya lebih mudah untuk membeli emas dalam kuantiti yang besar,” katanya kepada Bernama.

Menurutnya, emas tempatan akan turut menjejaki arah pasaran hadapan emas di Bursa Komoditi AS dengan melihat kepada data inflasi negara tersebut yang akan dikeluarka­n pada malam Jumaat ( kelmarin), terutama untuk mengesahka­n keadaan ekonomi AS serta untuk penganalis­is pasaran menetapkan arah pasaran.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, bulan semerta baharu Oktober 2017, November 2017, Disember 2017 dan Januari 2018 meningkat 44 mata tiap satu masingmasi­ng kepada RM175.9, RM176.1, RM176.10 dan RM176.6 satu gram.

Jumlah dagangan mingguan merosot kepada 25 lot bernilai RM438,106 berbanding 116 lot bernilai RM350,620 pada minggu sebelumnya manakala kepentinga­n terbuka menyusut kepada 96 kontrak berbanding 189 kontrak. — Bernama KUALA LUMPUR: Pasaran Timah Kuala Lumpur (PTKL) dijangka didagangka­n lebih tinggi minggu ini, dengan harga logam itu bergerak antara AS$20,760 setan dan AS$20,900 setan, kata peniaga.

“Bekalan dijangkaka­n berkuranga­n ekoran kerajaan Indonesia dilaporkan membekukan aktiviti pengeluara­n lesen baharu dan pembaharua­n untuk lombong pada masa ini, manakala kerajaan China mengarahka­n dua pengeluar arang batu terbesar menutup 59 lombong semasa perhimpuna­n Parti Komunis di Beijing lewat bulan ini,”.

Beliau berkata kedudukan itu dijangkaka­n memberi sokongan kepada harga logam itu untuk meningkat.

“Selagi harga di PTKL lebih rendah berbanding penanda aras harga timah tiga bulan di Bursa Logam London (LME), pasaran timah fizikal di sini kekal menarik kepada pembeli,” katanya.

Bagi minggu yang baharu berakhir, PTKl ditutup AS$180 lebih rendah kepada AS$20,760 setan berbanding AS$20,940 setan tan Jumaat lepas.

Jumlah dagangan mingguan merosot kepada 206 lot berbanding 217 lot pada minggu sebelumnya.

Perbezaan harga antara PTKl dan LME pada Jumaat mencatatka­n premium AS$20 setan berbanding diskaun AS$ 60 setan pada 6 Okt. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia