Utusan Borneo (Sarawak)

Calon pro-Rusia dijangka presiden baharu Kyrgyzstan

-

BISHKEK: Kyrgyzstan mengundi semalam dalam pilihan raya presiden tanpa calon dijangka menang besar dan pemerhati meramalkan saingan sengit antara dua calon pro-Rusia dengan seorang daripadany­a disokong pemimpin yang akan digantikan.

Negara dengan enam juta penduduk majoriti Muslim itu sekutu rapat Moscow dan menjadi tuan rumah pangkalan tentera Rusia, membantu bekas Soviet melaksanak­an projek tenaga di sekitar wilayah itu di mana China dan Amerika Syarikat (AS) turut mengintai bagi pengaruh.

Berbeza dengan negara jiran Asia Tengahnya, kebanyakan diuruskan autokrat, Kyrgyzstan adalah negara demokrasi yang menyaksika­n perubahan tegang kepimpinan.

Selepas dua pilihan raya presiden pertamanya selepas kejatuhan Soviet Union akibat rusuhan ganas, negara itu mengubah caranya sendiri sebagai republik berparlime­n di mana kuasa presiden kebanyakan­nya terhad kepada polisi asing dan halhal keselamata­n.

Namun bekas presiden Almazbek Atambayev memperkuku­h kuasa eksekutif pada tahun lepas dengan menyeru referendum pindaan perlembaga­an.

Perlembaga­an tidak membenarka­n beliau mendapatka­n penggal kedua enam tahun, justeru Atambayev menyokong sekutunya, bekas perdana menteri dan birokrat Sooronbai Jeenbekov, 58, yang mana kemenangan­nya akan membolehka­n bekas pemimpin i tu kekal berkuasa.

Atambayev dan Jeenbekov dari parti Demokratik Sosial memiliki pengaruh terbesar dalam Parlimen dan mendominas­i kabinet pakatan.

Namun mereka berdepan tentanganh­ebattaikun minyak Omurbek Babanov, 47, yang mana parti beliau Respublika­Ata Zhurt ( Ibu Pertiwi) mempunyai pengaruh kedua terbesar dalam Parlimen di mana menurut tinjauan beliau dan Jeenbekov akan bertanding sengit.

Babanov, juga bekas perdana menteri, menuduh kerajaan menyalahgu­nakan kuasa bagi memastikan kemenangan Jeenbekov selepas pihak berkuasa mendakwa sebahagian penyokong kempennya merancang rampasan kuasa dan merasuah pengundi.

Babanov menafikan sebarang kesalahan dan menolak tuduhan tersebut sebagai taktik kotor.

Atambaye dan kabinetnya juga menuduh Kazakhstan, negara jiran lebih besar dan mewah, sebagai menyokong Babanov, di mana Babanov dan kerajaan Kazakh menafikann­ya.

“Saya benar- benar pasti malam ini kita akan mengetahui nama presiden baharu dan nama itu adalah Babanov,” Babanov tersenyum memberitah­u wartawan ketika membuang undinya di Bishkek.

Sa l a h se o r a n g penyokongn­ya, Fatima Akchokoyev­a, 25, guru tadika menyatakan: “Beliau masih muda dan bercita-cita tinggi, saya percaya beliau akan mampu mengubah Kyrgyzstan agar lebih baik.”

Para pengundi Jeenbekov sebaliknya melihat beliau sebagai penyelamat yang akan memantapka­n pasukan Atambayev.

“Saya fikir beliau akan mengekalka­n kestabilan.

“Kestabilan adalah perkara yang paling kami perlukan,” menurut pekerja kerajaan daerah Saltanat Temirova, 58.

Di sebalik perbezaan me r e k a , Je e n b e k o v dan Babanov sama- sama menyatakan mereka mempertimb­ang Rusia, di mana ratusan ribu buruh pendatang Kyrgyz bekerja, sebagai rakan kongsi strategik.

Pusat pengundian ditutup pada jam 8 malam waktu tempatan dan keputusan awal disiarkan beberapa jam kemudian. — Reuters

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? UTAMA: Jeenbekov membuang undi di sebuah pusat pengundian semasa pilihan raya presiden di Bishkek, semalam.
— Gambar Reuters UTAMA: Jeenbekov membuang undi di sebuah pusat pengundian semasa pilihan raya presiden di Bishkek, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia