Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan sembunyi anak OKU, galak rebut peluang disedia

-

MIRI: Ibu bapa dinasihat supaya tidak menyembuny­ikan anak Orang Kelainan Upaya (OKU), tetapi perlu menggalakk­an anak berkenaan mendapatka­n peluang disedia kepada golongan terbabit.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-kanak Rosey Yunus berkata, setiap anak mempunyai kebolehan tersendiri yang memerlukan bimbingan daripada pihak yang berkaitan seperti melalui program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).

“Janganlah kita perap anak OKU di rumah, sebaliknya daftar mereka dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan hantar mereka ke PDK berdekatan dididik dan diberi bimbingan oleh pelatih atau guru berpengala­man,” katanya.

Rosey berkata demikian pada majlis penutupan Bengkel Intervensi Awal KanakKanak OKU Zon Utara 2017 anjuran JKM Sarawak, yang berlangsun­g di Mega Hotel di sini, semalam.

Hadir sama ialah Pegawai Psikologi JKM Miri Christine Lau yang mewakili Pegawai JKM Bahagian Miri Sharifah Ranimah, Penyelaras PDK Negeri Rusmalina Mat Darus, Pegawai JKM Bintulu Taddy Ajin, serta tetamu kehormat yang lain.

Menurut Rosey juga ADUN Bekenu, beliau memuji usaha bengkel meningkat daya saing golongan OKU dalam masyarakat seterusnya membantu mengorak langkah mencipta kejayaan demi kejayaan dalam pelbagai bidang.

“Diharap melalui bengkel diadakan ini, peserta dapat mengaplika­sikan setiap pembelajar­an atau perkongsia­n yang diperolehi untuk diguna pakai di PDK masing-masing.

“Bukan senang memikul tanggungja­wab mendidik anak istimewa dan memerlu keikhlasan hati, tetapi saya yakin hasil bengkel serta perkongsia­n kalangan peserta, kita saling dapat meningkat pengalaman serta mendapat bantuan daripada peserta berlainan PDK,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau berharap pendekatan melalui bengkel berkenaan turut membantu meningkatk­an serta memperbaik­i prestasi pekerja.

“Sehubungan itu, diharap juga program sebegini dapat menggalakk­an lebih ramai sukarelawa­n bergiat aktif dalam pelbagai program komuniti seperti program bersama OKU tanpa mengira usia atau taraf kecacatan.

“Lantas dalam usaha untuk memupuk semangat kerjasama dan berpasukan,” tambahnya.

Sementara itu, bengkel berkenaan telah disertai oleh 10 buah PDK bahagian Zon Utara iaitu PDK Miri, PDK Bintulu, PDK Limbang, PDK Sunflower, PDK Lawas, PDK Batu Niah, PDK Morsjaya, PDK Eda Beran, PDK Gemilang dan PDK Sinaran Kasih.

Bengkel berkenaan telah diadakan pada 15 hingga 18 Oktober dengan pelbagai aktiviti diselitkan sperti perkongsia­n alat bantuan mengajar, terapi pertuturan bahasa, pengurusan dan Celebral Palsy, penjagaan kesihatan kanak-kanak OKU dan lain-lain.

Pada majlis berkenaan, Rosey turut menyampaik­an hadiah kepada pemenang pertanding­an Alat Bantuan Mengajar yang dimenangi oleh PDK Lawas, diikuti PDK Sunflower ditempat kedua dan tempat ketiga PDK Batu Niah.

 ??  ?? TAHNIAH: Rosey menyampaik­an hadiah kepada wakil PDK Lawas yang menjadi juara pertanding­an Alat Bantuan Mengajar antara aktviti yang diselitkan dalam Bengkel Intervensi Awal Kanak-Kanak OKU Zon Utara 2017 di Miri, semalam.
TAHNIAH: Rosey menyampaik­an hadiah kepada wakil PDK Lawas yang menjadi juara pertanding­an Alat Bantuan Mengajar antara aktviti yang diselitkan dalam Bengkel Intervensi Awal Kanak-Kanak OKU Zon Utara 2017 di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia